Lina Rosli Diterbitkan 2 March 2021

Pro Dan Kontra – Pemilihan Saiz Tayar Lebar Pada Kereta

Memasang tayar kereta bersaiz besar pada kereta dilihat semakin menjadi ikutan dan trend untuk kebanyakan kereta sejak dari dahulu lagi. Sebilangan individu memilih untuk memakai tayar yang lebih besar ataupun rim yang lebih lebar pada tayar yang nipis bagi menjadikan penampilan kereta itu tampak menyerlah dan lebih ganas. 

silver V13 car

Apa yang menjadi persoalan adalah, adakah transformasi tayar ini hanya semata-mata untuk rupa yang lebih menarik atau terdapat beberapa manfaat lain seperti memberi kesan kepada kestabilan dan sebagainya?

Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kelebihan dan kekurangan memasang tayar lebar pada kereta anda.

Pro: Mengapa Tayar Yang Besar Lebih Baik?

Tidak dinafikan, perubahan yang anda lakukan pada tayar akan banyak mempengaruhi pemanduan anda anda. Ia termasuk:

Memberikan Cengkaman Yang Lebih Baik

Biasanya, tayar besar dan lebar mempunyai lebih banyak getah yang membantu cengkaman yang lebih kuat pada jalanraya. Disebabkan tayar yang lebar, anda akan mendapati permukaan tayar berhubung dengan jalan lebih banyak. Jadinya, ia membolehkan pengendalian kereta lebih baik lebih-lebih lagi apabila anda memandu laju.

Tambahan, untuk cornering atau pemanduan di selekoh, tayar kereta yang lebih besar juga mampu untuk menstabilkan kereta agar tidak tersasar dan bergoyang.

vehicle tire

Membantu Cengkaman Brek

Bukan itu sahaja, kereta dengan tayar lebar juga membantu keseimbangan kereta. Oleh itu, jika anda memasang tayar seimbang bersaiz besar yang juga jenis tayar yang tidak terlalu keras atau terlalu lembut pada kereta, ini pasti akan memberikan prestasi yang baik dengan mengurangkan jarak pengereman.

Menghasilkan Penampilan yang Lebih Baik

Tayar mempunyai peranan penting dalam keseluruhan reka bentuk kenderaan. Sebagai contoh, menggantikan tayar berprofil rendah kepada yang lebih besar dapat memberikan penampilan yang lebih sporty. Oleh itu, menaik-taraf tayar kenderaan dapat menambahkan banyak kelebihan reka bentuk.

Kontra: Menyukarkan Pemanduan Di Kawasan Sekitar

Untuk anda yang kerap memandu tidak kira dekat atau jauh, anda perlu mengambil kira beberapa perkara penting seperti:

Peningkatan Penggunaan Bahan Bakar

Tayar yang lebih besar akan menambah berat pada kereta sekaligus mengakibatkan enjin bekerja lebih keras daripada yang biasa. Kesannya, penggunaan bahan bakar juga meningkat.

Sukar Untuk Memandu Di Kawasan Berbonggol

Apabila anda memakai tayar yang lebih lebar, makanya kontaknya pada dinding kereta juga akan meningkat. Hal ini kerana, kelebaran tayar akan ditambah juga dengan ketebalan yang mengkibatkan ia akan bergesel dengan bahagian kereta. Jadi untuk mengurangkan kerosakkan pada kereta, anda perlu mencari laluan yang senang dilalui dan tidak mempunyai banyak bonggol.

gray steering wheel and tire

Adakah Baik Untuk Memakai Tayar Yang Lebih Besar?

Secara keseluruhan, tayar yang lebih besar akan memberikan cengkaman yang lebih baik. Namun, dari segi kos dan penyelenggaraan, penambahan kelebaran tayar akan membawa kepada tambahan kos. Anda akan mempunyai kos penggantian yang lebih tinggi berbanding tayar biasa.

Malah, ia. juga akan memberi kesan kepada speedometer yang boleh menyumbang kepada kerosakan sistem brek anti-kunci dan juga kalibrasi sistem kestabilan. Jadinya, adakah ia baik? Jawapannya adalah tidak.