Coach X Sephora – Membawakan Koleksi Edisi Terhad, Palet Pembayang Mata Dengan Corak Motif Ikonik
Untuk anda yang menggemari rekaan yang menampilkan ciri yang unik dan menarik, maka anda mungkin tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi edisi terhad daripada Coach dan juga Sephora.
Koleksi Sephora melancarkan koleksi solek edisi terhad ini menampilkan elemen reka bentuk eksklusif yang diilhamkan oleh elemen warisan daripada Coach yang ditafsirkan menjadi corak motif ikonik. Koleksi ini dilengkapi dengan penawaran kemasan berkilauan yang menampilkan ilustrasi berwarna dan nostalgia.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan koleksi ini yang mana ia merangkumi tujuh produk iaitu:
Rexy Eyeshadow Palette (RM250)
Sesuai untuk anda yang ingin tampil berani, namun dalam pada masa yang sama masih ingin mengekalkan warna yang lembut, palet pembayang mata ini sangat bersesuaian untuk anda tampilkan imej yang baru. Ia hadir dengan gabungan warna matte yang dipadankan dengan nuansa warna lembut.

Sharky Eyeshadow Palette (RM250)
Masih lagi dengan pilihan warna yang lembut, set pembayang mata ini hadir dengan pelbagai elemen untuk hasil akhir sewaktu memakainya. Yang mana ia hadir dengan elemen berkilauan dan juga matte. Apa yang menarik untuk kedua-dua set ini, kedua-duanya hadir dengan kerangka palet yang unik selalin mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Uni Face Palette (RM250)
Untuk set muka ini pula, ia menawarkan pilihan warna tona earthy yang juga disertakan dengan elemen matte dan kilauan. Ia sangat sesuai untuk. dijadikan sebagai pemerah pipi, highlighter dan juga bronzer dalamsolekan harian anda.

Tea Rose Brush Set (RM375)
Apa yang paling menarik sekali adalah, set berus yang. hadir dengan lima pilihan berus yang berlainan. Setiap berus ini direka khas dengan pemegang glitter dan bulu sintetik vegan. Set berus ini merangkumi berus bedak asas, pemerah pipi bersudut, sorotan, berus untuk pembayang mata, berus lipatan dan juga tempat meletakkan berus yang dipanggil cincin.

Antara set yang lain ditawarkan termasuklah Tea Rose Lipgloss Set, Tea Rose Nail Set dan juga Tea Rose Face Mask Set yang ditawarkan pada harga RM250, RM145 dan RM75 untuk setiap produk.

Jangan lupa dapatkan koleksi edisi terhadi ini di rangkaian kedai Sephora atau anda juga boleh membelinya melalui aplikasi Sephora dan juga laman rasmi Sephora bermula hari ini!