Ikuti Cara Ini Untuk Menghapuskan Kutu Pada Rambut Dan Badan
Kutu rambut atau nama saintifiknya adalah kutu demodex, sering didapati pada badan manusia lebih-lebih lagi di bahagian rambut.
Secara amnya, ia tidaklah begiru berbahaya, namun ia akan mudah berjangkit, menyebabkan rambut gugur selain tidak selesa yang menyebabkan anda berasa gatal-gatal pada kulit kepala.
Bercerita mengenai kutu ini lagi, ia dikelaskan kepada dua jenis iaitu Demodex folliculurum yang biasanya dijumpai di folikel rambut seperti kening, bulu mata dan kulit kepala. Sementara demodex brevis pula di seluruh wajah dan juga di luar telinga.
Bagaimana Untuk Menghapuskan Kutu?
Seperti yang anda lihat, mencuci muka dan badan dengan sabun tidak akan menghilangkannya kerana ia tinggal di bawah liang roma anda. Jadinya, jika ia dibiarkan dalam tempoh yang lama akan menambah masalah seperti menyebabkan komplikasi kulit yang disebut demodicosis.
Berikut adalah beberapa petua yang boleh anda ikuti dalam menghapuskan kutu:
- Basuh semua tempat tidur anda termasuk bantal, cadar, tuala dan selimut untuk memastikan anda mempunyai kawasan rehat yang bersih.
- Membuang sikat rambut dan berus muka. Ini kerana, jika terdapat kutu di muka, bulu mata dan kening anda, ia mungkin disebabkan berus yang tidak bersih atau mempunyai kutu yang tinggal di dalamnya.
Cara Menyediakan Larutan Membunuh Kutu
- Pertama mandi dengan menggunakan syampu kutu dan bila dengan bersih.
- Selepas itu, sewaktu menyikat ambil sedikit masa untuk anda keringkan rambut dan pastikan anda menggunakan tuala baru. Hal ini kerana anda perlu mengasing dan membasuh tuala yang digunakan itu dengan larutan pembersih kutu.
- Gunakan sikat kutu untuk menarik keluar telur kutu dan juga ibu kutu dan. masukkan mereka ke dalam cecair pencuci pinggan.
- Tips sewaktu menyikat, pastikan anda menyikat dari awal kulit kepala ke hujung rambut. Selain itu, elakkan sikat ke belakang yang mana membiarkan kutu itu terjatuh pada badan belakang dan baju. Adalah lebih baik untuk anda duduk, dan sikat dari belakang ke hadapan bagi memastikan kutu tidak merayap ke tempat lain.
- Ulangi proses sekiranya masih terdapat kutu lagi yang tersisa.
Jika anda tidak mempunyai syampu kutu, anda boleh menggunakan larutan air suam, cuka dan garam. Gosokkan larutan ke kulit kepala anda menggunakan jari anda untuk mengurutnya dengan kuat. Pastikan anda menumpukan perhatian pada helai rambut.
Jenis Syampu Kutu Yang Berkesan
Berikut adalah senarai syampu kutu yang boleh anda cuba:
Selain itu anda juga boleh mendapatkan syampu kutu lain di Shopee Dan Juga Lazada untuk jenama NetureKids Syampu Kutu, Platinum Beauty Syampu Kutu dan Kidscare Syampu Kutu.
Berapa Lama Kitaran Hidup Kutu?
Kitaran hidup kutu agak pendek iaitu mampu hidup tidak lebih daripada 15 hingga 24 hari pada kulit manusia. Namun, disebabkan ia mampu bertelur dengan banyak dan cepat, makanya agak sukar untuk ia dibersihkan dari tubuh anda.
Untuk pengetahuan anda, kutu ini tidak menembusi di dalam badan dan mereka hanya tinggal di dalam kulit dan folikel rambut. Namun, apa yang membimbangkan adalah ia akan memakan sebum, minyak pada muka dan kulit kepala yang mana melindungi dirinya daripada kering.