Carian
Asal Usul Lampu Isyarat – Mengapa Hadir Dengan Lampu Merah, Kuning, Hijau?
March 3, 2021 Lina Rosli

Asal Usul Lampu Isyarat – Mengapa Hadir Dengan Lampu Merah, Kuning, Hijau?

Lampu isyarat sememangnya amat penting dalam menbatu mengawal kereta keluar masuk simpang di samping menjadikan lalu lintar lebih teratur dan tersusun.

black and gray traffic light turned-on

Bila Lampu Isyarat Diperkenalkan?

Lampu isyarat dilihat hadir dan digunakan untuk kawalan pergerakan kereta tahun 1800-an di London. Kaedah ini diperkenalkan bagi mengetahui bilakah mereka seharusnya menghentikan lokomotif mereka.

Pada ketika itu, lampu isyarat tidak sama dengan lampu isyarat yang kita lihat sekarang yang mana ia sukar untuk dilihat, difahami dan kaedahnya tidak begitu berkesan. Pengenalan lampu isyarat ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh penggunaan lampu gas merah sewaktu pengendalian kereta api.

Kemudiannya, pengguna lampu isyarat ini dilihat diperluaskan kepada lalu lintas biasa pula oleh seorang polis pada tahun 1912 yang bernama Lester Wire di kawasan Detroit. Ia pada mulanya hadir dengan dua lampu sahaja iaitu merah dan hijau yang digunakan untuk memberi amaran kepada pejalan kaki sama ada berhenti atau mula berjalan.

red and black traffic light

Revolusi penciptaan lampu isyarat ini diteruskan lagi dengan pengenalan lampu isyarat elektrik pertama yang dipasang di Cleveland, Ohio pada 5 Ogos 1914. 

Menjelang tahun 1920 pula, reka bentuk asas ini diubah suai oleh William Potts yang juga polis di Detroit. Beliau menambah satu lagi warna pada lampu isyarat iaitu kuning. Sebelum ini, sistem penukaran warna lampu  ini masih lagi tidak automatik yang mana ia perlu dijaga oleh para polis. Perubahan untuk sistem lampu isyarat ini mengambil sekitar satu abad sebelum menggunakan teknologi moden seperti pemasa automatik, lampu diod dan sensor gerakan untuk mengawal lalu lintas.

Berikutan kejayaan lampu isyarat di Detroit, Garrett Morgan mempatenkan reka bentuk pada tahun 1923. Kemudian dibeli oleh General Electric yang mana kemudian mula membina dan memasarkan lampu isyarat untuk pasaran nasional.

Lampu isyarat di tambah baik dengan sokongan sistem yang diperkenalkan Charles Adler Jr. Beliau membuat sistem yang mengesan kenderaan untuk menukar lampu apabila diperlukan. Namun, ia menghasilkan bunyi yang sangat bising.

Menjelang tahun 60-an, sistem isyarat lalu lintas yang digunakan pada masa kini diperkenalkan menggunakan teknologi komputer. Melaluinya, ia dapat memantau lalu lintas dan berubah secara automatik berdasarkan pada perisian komputer.

Mengapa Menggunakan Lampu Berwarna Merah, Kuning Dan Hijau?

Seperti kebanyakan teknologi lain, lampu isyarat juga memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan jumlah kemalangan. Malah ia juga membantu melancarkan arus lalu lintas dan mungkin dapat menjimatkan masa untuk pemandu keluar dan masuk simpang.

Pemilihan warna merah, kuning dan hijau juga hadir dengan sebabnya yang tersendiri.

black and red traffic light on brown steel rail during daytime

Lampu berwarna merah mempunyai panjang gelombang yang paling jauh dan panjang pada spektrum warna. Hasilnya, ia dapat dilihat dari jarak yang lebih jauh, yang membolehkan operator pada ketika itu mengira jarak dan memberi arahan untuk memerlahankan kereta api.

Sementara kuning sebelum ini dikatakan antara warna yang berpotensi digunakan untuk berhenti. Namun, apabila digunakan pada tahun 1900-an, ia membawakan hasil yang kurang baik kerana warna tersebut terlalu sukar untuk dilihat di kawasan yang kurang terang.

Akhir sekali, hijau pula mempunyai spektrum paling pendek. Dan hanya boleh melihat pada jarak dekat. Jadinya, warna hijau ini digunakan bagi memastikan jalan benar-benar selamat untuk dilintas sebelum meneruskan perjalanan.

Sumber: Mental Floss, History, Motor Biscuits

Komen