Tips Penggayaan Gaun Midi – Cadangan Untuk Para Muslimah

Dress midi atau maxi ini boleh dikatakan antara fesyen harian yang plaing sayar gemari lebih-lebih lagi jika anda ingin tampil kasual dan dalam pada masa yang sama masih ingin mengekalkan keayuan dalam fesyen tersebut.

Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi 3 tips penggayaan untuk dress midi ataupun maxi yang boleh anda cuba.

Tips Pertama: Padankan Ia Bersama Seluar Slack Putih

Seperti yang anda tahu, gaun midi ini biasanya hadir dengan potongan panjang dress yang sederhana iaitu sekitar paras lutut dan betis. Jadinya, untuk menggayakan gaun ini, anda perlu memilih padanan seluar yang sesuai. 

Sebagai contoh, saya lebih menyukai memadankan gaun ini bersama seluar yang berwarna cerah. Hal ini bertujuan untuk menaikkan penampilan gaun midi anda dan dalam pada masa yang sama tidak menenggelamkan bahagian kaki anda. 

Selain memakai seluar, anda juga boleh memadankannya bersama skirt yang juga akan memberikan hasil yang cukup mempersonakan.

Tips Kedua: Tambah Aksesori Seperti Tali Pinggang

Kadangkala, ramai orang yang tidak menggemari pemakaian gaun midi ini adalah disebabkan ia akan menjadikan anda kelihatan rendah dan tidak langsing.

Untuk tips ini, Tajria mencadangkan kepada anda untuk menggayakannya bersama aksesori seperti tali pinggang bagi menjadikan gaya anda lebih menarik dan tidak kosong.

Tips Ketiga: Tetapkan Dua Warna Sahaja Untuk Pakaian Anda

Bukan itu sahaja, pemilihan warna juga penting. Hal ini kerana, apabila anda memakai terlalu banyak warna pada gaya anda, ia akan menenggelamkan titik utama fesyen anda iaitu gaun midi.

Sebagai tips, Tajria mencadangkan kepada anda untuk menyesuaikan warna sama ada memadankan:

  • Warna tudung yang sama dengan baju
  • Warna tudung sama dengan seluar
  • Warna baju sama dengan warna seluar
undefined

Di harap tips ini dapat membantu anda menggayakan fesyen harian anda dengan lebih menarik dan mempersonakan. Selamat mencuba!