Menurut Guinness World Records, jarak paling jauh yang pernah dilalui seseorang adalah sejauh 228.9km hanya dalam 24 jam. Walau bagaimanapun, pastinya rekod ini tidak boleh dicapai oleh kebanyakan individu biasa tanpa latihan dan konsisten dalam berjalan jauh.

Seberapa jauh individu boleh berjalan ini sebenarnya bergantung kepada cuaca, keupayaan jantung dan paru seseorang dalam mengepas dan memproses kitaran oksigen di dalam badan.

Jika mengikut saranan kesihatan, setiap individu perlu berjalan sebanyak 10,000 langkah yang mana bersama 8km yang juga boleh dilakukan dalam masa sekitar satu hingga satu jam setengah. Namun, ia juga bergantung kepada tahap kelajuan dan kebesaran langkah ketika anda berjalan.

Bercerita mengenai aktiviti maraton pula, jumlah jarak yang individu perlu lengkapkan adalah sepanjang 42km. Jarak ini biasanya tamat sekitar 4 hingga 5 jam untuk sesuatu acara.

person wearing green pants

Jadi, berapa jauhkan sebenarnya individu boleh berjalan? Jawapannya, individu normal biasanya boleh berjalan sekitar 6 hingga 16km untuk satu-satu masa. Sementara untuk aktiviti berjalan tanpa rehat boleh dilakukan sekitar jarak 8km yang mana turut bergantung kepada air di dalam badan.

Untuk pengetahuan anda, tubuh badan anda tidak dapat bertahan jauh tanpa air. Kekeringan atau dehidrasi secara berterusan boleh menyebabkan kesukaran berjalan, kekeliruan, degupan jantung yang pantas selain boleh mendorong kepada pengsan dan koma.

Sebaiknya, untuk setiap 3km anda berjalan, pastikan anda mendapatkan air yang mencukupi agar tidak memberikan kesan buruk kepada kesihatan sehingga anda tidak dapat berjalan lama.

Sumber: Guinness World Records