Seperti yang anda nampak, terdapat banyak jenis kasut yang boleh anda lihat di pasaran. Untuk kebanyakan jenama kasut sukan, mereka akan hadir dengan beberapa penawaran atau jenis kasut yang boleh disesuaikan dengan aktiviti harian anda seperti kasut berjalan (walking shoes), kasut larian (running shoes) dan juga kasut latihan (training shoes).

Sudah semestinya terdapat perbezaan untuk ketiga-tiga jenis kasut ini. Bagi setiap jenis kasut yang diperkenalkan ia menawarkan sokongan dan kestabilan yang berbeza yang mana ia ditampilkan berdasarkan keadaan kaki, postur tubuh dan juga bahagian kaki yang akan menampung beban.

unpaired orange and white Nike Air Huarache

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda perbezaan anatomi dan komponen yang ditawarkan pada kasut berjalan dan kasut larian.

Kasut Berjalan Vs Kasut Lari

American Academy of Podiatric Sports Medicine menyatakan bahawa kasut berjalan dan kasut berlari yang baik menawarkan kestabilan, pelindungan dan keselesaan sewaktu pemakaiannya. 

Berikut adalah empat perbezaan utama yang perlu anda ketahui dan pertimbangkan untuk membeli kasut:

  1. Tapak: Kasut larian mempunyai tapak yang lebih kaku, tebal dan tinggi. Sementara kasut berjalan pula, tapak dan lengkungan adalah lebih rata dan mudah lentur.
  2. Tumit: Kasut untuk berlari juga mempunyai tumit tebal untuk memberikan lebih banyak kusyen. Jadinya, jika anda memakai kasut dengan tumit tebal ketika berjalan boleh menyebabkan tendinitis atau kesakitan pada tulang kering.
  3. Kawalan gerakan: Kebanyakan kasut lari menawarkan kawalan gerakan untuk memastikan kaki lebih netral. Kasut berjalan cenderung memberikan kestabilan yang lebih sedikit kerana ia tidak melibatkan pergerakan yang aktif.
  4. Berat: Walaupun kebanyakan kasut berlari menawarkan sejumlah besar getah di bahagian luar, namun binaanya masih lagi ringan berbanding kasut berjalan. 

Apakah Kelebihan Kasut Berjalan?

Kasut ini sesuai untuk aktiviti yang berimpak rendah kerana ia tidak mempunyai sokongan kusyen yang tebal dan banyak. Kasut berjalan boleh digunakan untuk berlari, namun ia tidak disyorkan untuk jarak yang jauh dan juga di permukaan yang tidak rata.

person wearing white Nike running shoes standing on black concrete path

Apakah Kelebihan Kasut Larian?

Kasut lari mempunyai lebih banyak kusyen kerana sifat gerakan hentaman tinggi yang berterusan. Jadinya, dengan ada perlindungan tambahan terutamanya di kawasan tumit dan midsole, ia yang memberikan kestabilan dari tumit hingga kaki. Malah, kasut ini juga mempunyai tahap fleksibiliti yang tinggi pada midsole.

photo of gray-and-orange New Balance Encap shoes on floor

Jadi, adakah kasut larian sesuai untuk digunakan sebagai kasut berjalan? Jawapannya adalah ya. Hal ini kerana, keadaannya rekaannya yang lebih selesa dan memudahkan pergerakan anda ke mana-mana tempat dengan pantas tanpa menyakitkan tumit kaki. Namun, kontranya adalah ia lebih cepat panas dan menyebabkan kaki anda berpeluh disebabkan keadaan kusyen yang banyak.

Selain itu, jika digunakan secara berterusan untuk jalan yang jauh, anda mungkin akan berasa sakit pada bahagian otot belakang betis anda kerana struktur tumitnya yang tinggi seakan kasut tumit tinggi.

Lihat profil
Lina Rosli

1165 artikel di Tajria.