Carian
Ikuti 8 Tips Pemakaian Kanta Lekap Yang Selamat
March 4, 2021 Lina Rosli

Ikuti 8 Tips Pemakaian Kanta Lekap Yang Selamat

Kanta lekap adalah alat perubatan yang dipakai secara langsung pada kornea mata. Seperti cermin mata, kanta lekap membantu individu untuk membaca, dan melihat dengan lebih jelas selain menambahkan atau mengurangkan daya fokus ke kornea dan lensa mata.

Terdapat beberapa jenis kanta lekap yang boleh anda beli di pasaran. Namun, untuk kanta lekap yang paling kerap digunakan adalah kanta lekap lembut dan juga kanta lekap separa keras.

Person Holding White Round Plastic

Apa yang membezakan kedua-dua jenis ini, kanta lekap lembut diperbuat daripada plastik lembut dan fleksibel yang membolehkan oksigen masuk ke kornea yang menawarkan tempoh penggunaan yang lebih lama dan kekal selesa.

Sementara kanta lekap separa keras pula hadir dengan kemampuan untuk tahan lebih lama kerana rekaannya yang lebih kecil selain membenarkan lebih banyak oksigen ke kornea. Bukan itu sahaja, kanta lekap separa keras juga dikatakan boleh memberikan kualiti penglihatan yang lebih baik pada mata.

Cara Penjagaan Kanta Lekap

  1. Amalkan penjagaan diri yang bersih seperti basuh dan keringkan tangan anda sebelum menyentuh kanta lekap.
  2. Pastikan anda menggunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juruoptik berlesen.
  3. Sewaktu membasuh, elakkan gosok terlalu kuat sehinggamenyebabkan kanta lekap terkoyak.
  4. Bersihkan kanta lekap dengan mengelap dan menggosok secara perlahan pada keseluruhan kanta bagi membersihkan sebarang deposit dan mikroorganisma.
  5. Kanta lekap yang terendam lama dan tidak dipakai perlu ditukar dengan larutan rendaman baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  6. Cuci dan bilas kanta lekap yang jatuh atau terkeluar dari mata sebelum memakainya semula. Ganti kanta yang terjatuh dengan kanta baru jika anda ada bekalan kanta lain.
  7. Elakkan daripada menggunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lekap.
  8. Bekas kanta lekap harus disimpan atau diletakkan dalam bilik atau pada persekitaran yang kering. Jangan simpan bekas kanta lekap di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap.
Person Holding White and Blue Plastic Bottle

Sentiasa memeriksa tarikh luput untuk kedua-dua kanta lekap dan juga bahan pencucinya. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula adalah 3 bulan selepas larutan dibuka. 

Sementara tempoh luput kanta lekap pula sekitar 3 hingga 4 tahun dari tarikh pembuatan untuk kotak yang belum dibuka dan tempoh luput kanta lekap yang dibuka pula bergantung pada jadual penggantian untuk pembuatannya. Cara paling mudah untuk memeriksa tarikh luput adalah dengan memeriksa bungkusan.

Blue and White Plastic Bottles

Bagaimanakah Cara Pemakaian Kanta Lekap Yang Selamat?

  1. Pastikan anda membuka kanta lekap sewaktu mandi dan juga ketika melakukan aktiviti air.
  2. Anda disarankan untuk kerap meletakkan ubat titis pada kanta lekap agar mata anda tidak kering dan menjadi tidak selesa.
  3. Elakkan daripada memakai kanta lekap sewaktu tidur. Hal ini bagi mengelakkan maka anda dari merah dan membengkak. Untuk tidur yang tidak lama, anda digalakkan menggunakan kanta lekap jenis lembut atau silikon.
  4. Bagi anda yang bersolek, pastikan anda memakai kanta lekap sebelum mula bersolek dan menanggalkan kanta lekap sebelum mencuci solekan.
  5. Elakkan memakai kanta lekap tujuh hari berturut-turut. Biarkan mata berehat pada hari keenam atau pada hujung minggu.

Sumber:  FDA

Komen