Coway Perkenalkan Neo Plus – Menawarkan Bekalan Air Tulen, Bersih

Coway satu jenama yang menawarkan sistem bekalan air yang baik untuk rumah anda. Terbaru, jenama ini nampaknya hadir dengan produk penulen air asas yang mampu dimiliki umum yang dinamakan NEO PLUS.

Menurut Coway, penulen air ini menawarkan keperluan asas yang penting untuk setiap isi rumah iaitu membawakan bekalan air yang tulen dan bersih. Mereka juga ingin memastikan semua ciri-ciri asas memenuhi keperluan untuk setiap penggunanya.

 NEO PLUS direka khas untuk keluarga moden yang mungkin sibuk dengan aktiviti harian. Ia hadir dengan fungsi yang membolehkan air tulen diperolehi dengan pantas pada tiga suhu iaitu ambien, panas dan sejuk. Ia hadir dengan kapasiti tangki sebesar 5.8 liter dan juga dilengkapi dengan mod yang mampu menjimatkan tenaga yang dinamakan Eco Mode . Sementara dari segi rekaan pula, ia menampilkan reka bentuk mesra pengguna yang sesuai untuk pelbagai saiz ruang. 

Bagi anda yang berminat, anda. boleh mendapatkan penulen air Coway NEO PLUS pada harga promosi RM65 sebulan. Untuk servis penyelenggaraan pula, ia diberikan percuma sehingga 7 tahun yang mana menawarkan servis berkala sekali dalam dua bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penulen air NEO PLUS dan Coway boleh didapati di laman rasmi Coway dan juga laman Facebook rasmi Coway Malaysia.