Sejarah Kalkulator – Bila Mula Ditawarkan Pada Telefon Mudah Alih?
Kalkulator boleh dikatakan sebagai salah satu hasil ciptaan yang paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Dengan adanya kalkulator, ia memudahkan individu membuat pengiraan tidak kira sama ada kira-kira mudah ataupun kompleks.
Revolusi Kalkulator – Bermula Dari Sempoa Kepada Mesin Mesra Poket
Sebelum kalkulator dicipta, masyarakat zaman dahulu membuat pengiraan matematik menggunakan sempoa. Pada waktu itu, ia hanya boleh digunakan untuk menambah atau menolak sesuatu angka sahaja.
Memasuki abad 1600-an, seorang ahli matematik dari Scotland iaitu John Napier memperkenalkan sebuah alat yang dikenali sebagai tulang Napier. Tulang ini merupakan satu batang nipis yang ditulis dengan jadual pendaraban yang mana jumlahnya dapat ditentukan dengan mengubah penjajaran menegak batang.

Sudah tentu, ia tidak semudah kalkulator masa kini. Revolusi kalkulator ini diteruskan sehingga tahun 1642 yang menggunakan mekanisme jenis jam yang dinamakan Kalkulator Pascal. Ia dicipta oleh ahli matematik Blaise Pascal yang berupaya mengira algebra yang. lebih komplek. Namun, ciptaannya masih lagi tidak mudah untuk difahami.
Kemudian, Thomas de Colmar hadir dengan kalkulator mekanikal pada pertengahan tahun 1900-an. Walau bagaimanapun, saiznya agak besar dan sukar untuk dibawa ke mana-mana.
Pada tahun 1957, Syarikat Komputer Casio di Jepun telah mengeluarkan kalkulator Model 14-A yang merupakan kalkulator kompak yang tidak menggunakan logik elektronik.
Seterusnya, kalkulator elektronik padat pertama dihasilkan pada awal 1960-an. Kemudian, ia mula disediakan dalam saiz berukuran pokel pada tahun 1970-an. oleh syarikat Jepun Busicom. Penawarkan ini nampaknya dicipta setelah mikropemproses pertama diperkenalkan iaitu Intel 4004.
Teknologi ini nampaknya telah ditambah baik oleh syarikat-syarikat di Amerika Syarikat dan akhirnya mereka memperkenalkan sebuah kalkulator grafik seperti yang kita lihat sekarang. Ia hadir dengan empat fungsi termasuk paparan lapan digit dan aksara khas untuk nombor negatif.
Bilakah Telefon Mudah Alih Mula Hadir Dengan Kalkulator?
Dengan penemuan telefon pintar pertama pada tahun 1995, individu mula mengganti kalkulator digital yang mahal dengan peranti pelbagai guna. Ini memerlukan reka bentuk kalkulator yang paling canggih untuk ditingkatkan agar tetap relevan di pasaran.
Syarikat. teknologi pertama yang membangunkan peranti pintar adalah IBM. Ia mula dijual pada tahun 1994 dan menampilkan skrin sentuh, keupayaan e-mel dan segelintir aplikasi terbina dalam termasuk kalkulator dan pad lakaran.
Sumber: EdTech Magazine, The Calculator Site