Carian
5 Bahan Yang Boleh Membuat Sinki Anda Tersumbat
March 5, 2021 Lina Rosli

5 Bahan Yang Boleh Membuat Sinki Anda Tersumbat

Apabila sinki di rumah anda tersumbat, ia akan menghasilkan bau yang kurang enak di kawasan persekitaran dapur anda. Malah, ia juga menyukarkan kerja anda untuk membersihkan pinggan dan juga mangkuk yang kotor.

cookware set on floating shelves

Oleh itu, bagi mengelakkan hal ini dari berlarutan dan berlaku lebih teruk, anda perlu melihat semula senarai bahan yang menyebabkan sinki anda tersumbat.

Kopi

Antara bahan yang boleh menyebabkan saluran sinki anda tidak lancar adalah serbuk kopi.  Hal ini kerana, serbuk kopi akan bergumpal atau melekat bersama sehingga menyebabkan ketulan yang besar. Jadinya, anda perlu memastikan anda menapis dahulu serbuk kopi sebelum mula mencucinya.

Untuk serbuk kopi yang ditapis, anda boleh menggunakannya dan. menyimpannya menjadi baja kompos. 

Beras

Sama seperti serbuk kopi juga, bijian beras yang termasuk di dalam sinki akan mengganggu kelancaran paip. Sebaiknya, anda boleh menggunakan penapis atau bakul kecil untuk sewaktu mencuci. Dengan ini, ia boleh menjadikan beras anda dicuci dengan lebih bersih.

Minyak Masak

Apabila minyak disejukkan, ia akan mula mengeras dan membentuk ketulan lemak yang padat.  Sekiranya ia dicurahkan ke saluran paip, ia akan menyebabkan saluran tersumbat selain akan menyekat partikel dan zarah makan lain.

Selain minyak masak juga, pastikan anda menapis juga lemak-lemak lain seperti lemak ayam dan daging sewaktu melakukan cucian.

Tepung

Seterusnya, tepung juga antara makanan yang menyumbang kepada saluran tersumbat disebabkan sifatnya yang likat dan melekit ia sukar untuk dibersihkan tidak kira di pinggan dan juga di sinki. Oleh itu, sebelum anda mula mencuci bekas tepung, kaut lebihan tepung dan buangkannya di dalam tong sampah.

Tisu

Untuk tisu dengan tekstur yang sukar untuk hancur, ia akan menyekat saluran paip di rumah anda. Membersihkan dan menyiram tisu ke dalam sinki akan membentuk bola besar yang tidak mudah larut. Tuala kertas, kapas dan tisu pembersih perlu dibuang dengan betul supaya ia tidak memerangkap anasir kotoran yang lain.

________________________________________________________________________

Untuk mengekalkan kelancaran sinki, anda boleh menapis sisa makanan sewaktu membasuh pinggan dan mangkuk. Pastikan anda menggunakan penapis setiap kali sewaktu mencuci. Sudah tentu, lebih mudah untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku berbanding menguruskannya selepas berlaku.

Komen