Carian
Apakah Fakta Menarik Mengenai Pati Sarang Burung?
March 5, 2021 Lina Rosli

Apakah Fakta Menarik Mengenai Pati Sarang Burung?

Bird Nest atau sarang burung adalah salah satu makanan ataupun superfood yang paling popular dalam kalangan masyarakat tradisional lebih-lebih lagi bagi pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM). Sarang burung ini berasal dari air liur burung Walit yang juga merupakan salah satu kumpulan burung layang-layang.

brown bird nest

Dari manakah mereka menjumpai pati sarang burung ini? Sarang burung ini dituai dan didapati dari gua, terutamanya gua batu kapur di Gua Gomantong dan Niah di Borneo. Sumber ini kemudiannya mula dibina di sebuah rumah konkrit khas sejak akhir tahun 1990-an. Rumah-rumah sarang ini biasanya terdapat di kawasan bandar dekat laut kerana burung-burung cenderung untuk berkumpul di kawasan berkenaan.

Kebanyakan sarang burung ini dieksport ke pasar di Hong Kong yang telah menjadi pusat perdagangan dunia sarang burung dengan nilai sekitar $2 Bilion setahun. China adalah pengguna sarang burung terbesar di dunia dan menyumbang lebih dari 90 peratus pembelian sarang burung di dunia.

Edible bird's nest - Wikipedia

Di Malaysia, premis sarang burung walit didaftarkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar DVS yang akan diberikan beberapa pensijilan sebagai pengiktirafan, seperti Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Sijil Perakuan Kesihatan (VHM) dan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Namun yang menjadi persoalan adalah, apakah yang terkandung di dalamnya sehingga ia baik untuk kesihatan? Jadi, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda apakah yang kebaikan dan juga kepentingan sarang buruk untuk kesihatan?

Meningkatkan kekebalan tubuh secara keseluruhan

Sarang burung mempunyai kandungan glikoprotein yang tinggi, faktor pertumbuhan dan juga bersifat neutral. Glikoprotein adalah kumpulan molekul yang pelbagai. Antara contoh glikoprotein adalah kolagen dan molekul imunologi yang membantu meningkatkan sistem imun yang lemah.

Selain itu, protein dalam air liur burung walit mengandungi asid amino juga mengandungi hormon seperti testosteron dan estradiol yang berperanan mengatur fungsi tubuh yang penting.

Baik untuk pertumbuhan tisu kanak-kanak

Kehadiran jumlah kalsium yang mencukupi dalam sarang burung membantu kanak-kanak mendapatkan nutrien yang diperlukan untuk membina tulang dan otot mereka untuk jangka masa panjang.

Bertindak sebagai agen anti-penuaan

Sebilangan wanita yang memakan sarang burung mengatakan sarang burung ini baik untuk mengekalkan wajah awet muda. Hal ini kerana, ia hadir dengan gabungan mineral dan vitamin yang baik untuk kecantikan dan kecergasan.

Seperti yang anda ketahui, tubuh anda memerlukan protein untuk kulit, tisu, otot, dan darah. Jadi, ramuan tulen dan semula jadi sarang burung ini dapat membekalkan mineral yang diperlukan untuk mereka tanpa risiko kesan sampingan. 

Berikut adalah beberapa kelebihan dan keunikan yang ada pada sarang burung. Ia bukan sahaja baik untuk kecantikan, malah ia juga sesuai untuk pemulihan dari penyakit kronik termasuk membantu melegakan masalah pernafasan seperti asma atau batuk kronik.

Sumber: Euyansang, Pure Nest

 

 

Komen