Sushi King Bonanza Kini Kembali – Bermula 8 Mac Hingga 11 Mac
Bagi anda yang menggemari makanan istimewa Jepun ini, Sushi King kini menawarkan belian satu pinggan pada harga RM3.18 untuk 40 hidangan terpilih khusus untuk ahli berdaftar Sushi King.
Untuk bahagian pertama Mac iaitu bermula 8 Mac sehingga 11 Mac 2021, Sushi King Bonanza ditawarkan kepada anda yang berada di Pulau Pinang, Perlis, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak.

Sementara untuk anda yang berada di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Melaka, Kedah, Terengganu dan Sabah pula, anda boleh mula mendapatkan Sushi Bonanza ini bermula 22 Mac sehingga 25 Mac 2021.
Antara menu menarik yang hadir termasuk Norwegian Salmon, Salmon Menchi, Surimi Scallop, Yakiniku, Fry Roll, Unagi Slice, Ebi Fru, Chicken Cheese dan banyak lagi.
Selain Sushi Bonanza, terdapat beberapa lagi promosi menarik yang turut ditampilkan seperti set Bento beli 2 percuma 1 hidangan tambahan pada harga RM35.83 dan juga set Bento beli 4 percuma 6 hidangan tambahan pada harga RM71.66.

Bukan itu sahaja, tawaran untuk Bonanza ini turut boleh dipesan melalui perkhidmatan FoodPanda, GrabFood dan juga DeliveryEat. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai kenikmatan sushi tanpa had.