Carian
Program Google.org – Tawar Dana Untuk Wanita Mengembangkan Potensi
March 8, 2021 Lina Rosli

Program Google.org – Tawar Dana Untuk Wanita Mengembangkan Potensi

Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia untuk tahun 2021, Google tidak ketinggalan untuk berkongsi inisiatif terbaru yang menggalakkan penglibatan wanita dalam ekonomi. Inisiatif ‘Google.org Impact Challenge for Women and Girls’ bukan sahaja memfokuskan kepada wanita, malah ia juga dilancarkan bagi membantu kanak-kanak yang terkesan akibat Covid-19. telah mula diperkenalkan di peringkat global,

person typing on gray and black HP laptop

Melaluinya, Google.org akan akan menawarkan dana keseluruhan berjumlah $25 juta kepada organisasi bukan keuntungan dan organisasi sosial di Malaysia bagi memajukan pemerkasaan ekonomi wanita dan kanak-kanak perempuan.

Seperti yang ramai sedia maklum, jurang ekonomi di antara wanita dan lelaki dilihat agak ketara. Para wanita mempunyai peluang terhad yang terhad untuk mendapat akses dalam memperluaskan rangkaian perniagaan berbanding lelaki. Jadinya, dengan adanya program seperti ini, Google menyasarkan untuk menawarkan peluang yang sama rata kepada wanita dan kanak-kanak perempuan dari semua lapisan masyarakat untuk mengembangkan potensi mereka yang sepenuhnya.

Google sign

Antara inisiatif yang turut disediakan adalah Biasiswa Generasi Google untuk para wanita dalam menerajui bidang sains komputer, Solar Sister bagi menggalakan penyertaan usahawan wanita untuk membina perniagaan melibatkan industri lestari dan juga Laboratoria untuk yang mengajar tentang pembangunan web atau reka bentuk UX bagi melatih komuniti wanita ke arah digital.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memohon dana sekitar $300 ribu sehingga $2 juta dengan memperkenalkan idea dan juga projek anda kepada Google.org. Ia kemudiannya akan dinilai oleh panel pakar yang terdiri daripada pemimpin wanita dari lebih dari 15 negara akan memberi nasihat mengenai pemilihan idea projek yang paling kreatif dan bernas. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mula memohonnya di g.co/womenandgirlschallenge sehingga 10 April 2021, 7:59 pagi waktu Malaysia.

Komen