Tips Belajar Feynman – Keadah Penerangan Dengan Hanya 4 Langkah
Untuk memastikan anda memahami sesuatu informasi dan maklumat, pastinya memerlukan jalan yang agak panjang. Ia akan melibatkan proses skimming dan scanning, menganalisa dan banyak lagi.
Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda kaedah pembelajaran yang berkesan menggunakan Teknik Feynman.

Apa itu teknik Feynman? Ia merupakan satu kaedah yang menggunakan 4 langkah utama untuk memahami dan mengembangkan topik atau konsep baru dengan cepat dan berkesan. Ia juga dikatakan mengajar pelajar atau individu untuk belajar sesuatu dengan pantas selain dapat menentukan topik atau bahagian yang mungkin bermasalah dalam konsep yang ingin anda pelajari.
Seperti yang disebut di atas, teknik ini mempunyai 4 langkah utama iaitu:
- Kenali topik
- Ajarkannya kepada anak
- Analisa cara penjelasan anda
- Permudahkan dan perhalusi
Langkah 1: Kenalpasti dan tulis topik yang anda ingin pelajari
Apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan topik yang anda ingin fahami. Contohnya, luaskan komponen-komponen utama dengan mengembangkannya untuk memudahkan anda melihat gambaran besar topik tersebut.
Caranya, keluarkan sehelai kertas kosong. Di bahagian atas, tulis subjek yang ingin anda pelajari. Kemudian, tulis semua yang anda tahu mengenai subjek itu seolah-olah anda mengajarnya kepada rakan atau adik kecil untuk memahami konsep dan hubungan asas.
Apabila anda menulis idea dari awal hingga akhir dalam bahasa mudah yang dapat difahami oleh orang lain, anda juga akan melatih diri untuk memahami konsep pada tahap yang lebih mendalam bagi menghubungkan idea. Anda dapat menerangkan dengan lebih jelas mengapa di sebalik keterangan anda mengenai apa.
Langkah 2: Ajarkannya kepada rakan atau individu lain
Langkah seterusnya dalam sistem Feynman mengenai cara belajar sesuatu dengan cepat adalah dengan mengajar dan menerangkan semula topik yang telah pelajari kepada rakan, kenalan atau adik anda.
Secara amnya, ia juga bertujuan untuk menjelaskan pengetahuan anda tentang sesuatu kepada orang lain dengan mempermudah tutur kata anda, membuang atau menambah konsep yang sinonim bagi menguatkan pemahaman anda.
Sekiranya anda ingin menguji kefahaman anda, anda boleh menerangkan topik ini kepada diri anda sendiri, kemudian menuliskannya semula pada helaian kertas yang lain tanpa melihat nota yang telah adans sediakan.
Langkah 3: Cuba menganalisa kaedah penjelasan anda
Langkah ketiga dalam teknik Feynman adalah membincangkan dan menganalisa penjelasan yang baru anda berikan. Di sini, anda boleh bertanya kepada diri anda beberapa soalan, seperti:
- Adakah penjelasan saya mengenai topik ini cukup mudah untuk difahami oleh orang lain?
- Bagaimana penjelasan ini dapat membantu orang lain?
- Adakah saya menggunakan bahasa yang rumit atau perbendaharaan kata khusus domain?
Langkah 4: Permudahkan & Perhalusi
Apabila anda sudah menganalisa tahap pemahaman anda menerusi jawapan yang diberikan pada langkah 3, maka anda sudah mengetahui apakah kekurangan dan perkara yang perlu anda perbaiki pada langkah pertama.
Sekiranya anda mendapati bahawa penjelasan anda atau pemahaman anda sendiri mengenai topik tersebut masih lagi lemah, caranya anda perlu pelajari kembali subjek tersebut atau cari bahagian yang perlu diperbaiki. Baca semula bahan sumber untuk mengisi jurang pengetahuan dan mungkin pelajari literatur tambahan untuk mempelajari topik tersebut dari perspektif baru.
________________________________________________________________________
Berikut adalah 4 langkah utama yang penting dalam teknik Feynman ini. Apa yang penting juga adalah anda menggunakan analogi yang mudah difahami seperti senario yang sering berlaku di sekitar anda. Menyampaikannya dengan cara yang rumit akan menyebabkan lebih banyak salah faham mengenai topik tersebut.