The Face Inc Perkenal Produk Untuk Maskne, Tiada Lagi Jerawat Bawah Dagu

Dengan penggunaan pelitup muka yang berterusan menyebabkan penumpukan minyak dan juga kotoran pada kawasan sekitar mulut dan dagu. Akibatnya, ia akan meninggalkan anda kesan dan bekas luka yang merisaukan. 

Mengapa maskne boleh berlaku? Ia biasanya adalah disebabkan pelitup muka bergeser dengan kulit anda. Malah, faktor yang mengakibat maskne juga berkait dengan pemakaian solekan yang terlalu lama tertutup di bawah pelitup muka.

Disebabkan pemakaian pelitup muka adalah wajib dalam rutin harian, The Face Inc hadir dengan solusi atau produk yang berupaya untuk merawat masalah kulit yang dikenali sebagai The Face Inc Micro-Needle Therapy dan juga The Face Inc Acne Treatment.

May be an image of 2 people, hair and text that says "The Face Inc At-Home Microneedling Cleanse Clanseu your face thoroughly 2 Pump the serum 3-5 times 3 Roll in horizontal, vertical, and diagonal directions least times (forward and back) TURN WEDNESDAY FRIDAY SATURDAY UND Micro-needle roller can be used 2-3 times week 5 Disinfect or sterilize the roller head after use"

Menerusi penawaran produk ini, The Face Inc membawakan produk dengan kombinasi sempurna untuk penjagaan kulit yang sesuai untuk masalah kulit yang berkaitan dengan penggunaan pelitup muka.

The Face Inc Micro-Needle Therapy adalah teknologi jarum mikro inovatif yang ditampilkan untuk mempercepat pembaharuan dan pertumbuhan semula sel pada kulit. Dipadankan juga dengan serum Acne Treatment, ia mengandungi koktel peptida anti-kedut yang berfungsi untuk mengurangkan jumlah kedutan dan garis.

Seterusnya, The Face Inc Acne Treatment pula adalah serum rawatan spot proprietari yang cepat dan berkesan mengurangkan minyak. Ia kaya dengan Tea Tree Oil, minyak pati yang terkenal dengan sifat antimikroba dan memberikan kelegaan untuk keradangan dan jerawat.

Antara manfaat pada kulit anda termasuk:  

  • Pengurangan parut
  • Meringankan parut jerawat
  • Memperbaiki warna kulit, tekstur, kemerahan dan hiperpigmentasi
  • Menghaluskan kulit
  • Mengurangkan kedutan, garis-garis halus dan pori-pori besar

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan kedua-dua produk ini pada harga RM228 untuk The Face Inc Micro-Needle Therapy dan juga RM128 untuk The Face Inc Acne Treatment.