Ketahui Faktor Yang Menyebabkan Kebocoran Di Rumah Anda
Paip adalah tulang utama untuk keselesaan rumah anda. Ia bukan sahaja digunakan untuk mandi dan membersihkan badan, malah turut diperlukan untuk aktiviti seperti mencuci di dapur, membasuh baju dan juga menyiram tanaman di halaman rumah anda.
Tanpa bekalan air yang baik, sudah tentu kesemua aktivitiini akan menjadi sukar dan akan mendatang kemudaratan pada masa akan datang.
Kebiasaannya untuk rumah lama, anda mungkin akan mengalami masalah kebocoran ataupun penggunaan air yang tidak lancar. Ia mungkin berikutan jangka hayat paip yang sudah usang yang mengakibatkan paip berkarat dan telah reput.
Jika anda mendapati dinding ataupun siling rumah anda lembab dan menampakkan ruang dinding seakan berair, anda mungkin perlu memeriksa sistem paip di rumah anda.
Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kebocoran dan apakah tindakan sewajarnya yang perlu anda ambil.
Saluran Paip Tersumbat
Apabila anda melakukan cucian yang kerap, anda perlu memeriksa bahagian paip rumah anda kerana ia berkemungkinan terdapat penumpukan minyak, habuk atau kotoran yang menyekat saluran paip anda sehingga menyebabkan tekanan air yang tinggi. Akibatnya, ia akan mendorong kepada paip pecah ataupun aliran air anda bergerak ke kawasan yang lain.
Oleh itu, pasang penapis atau penuras yang boleh mengurangkan kemasukan anasir asing ke dalam saluran paip rumah anda.
Paip Terhakis Atau Berkarat
Untuk pengetahuan anda, kandungan bahan di dalam air mempunyai kimia yang mampu menghakis batang paip di dalam rumah anda. Jadinya, apabila ia dipasang dan dialirkan untuk tempoh masa yang panjang, proses hakisan lama-kelamaan akan menjadi lebih terus sehingga menyebabkan kebocoran.
Kebiasaannya, jangka masa penggunaan paip adalah sekitar 50 hingga 70 tahun. Namun, jika anda mendapati air di rumah anda sudah mula bertukar warna keperangan dan juga tekanan air tidak lagi kuat, makanya anda perlu memeriksa dan menggantikan paip yang lama ke pada yang baru untuk mengelakkan kebocoran.
Sistem Pemasangan Paip Yang Tidak Betul
Terdapat juga keadaan yang mana kebocoran berlaku disebabkan sistem pemasangan paip yang tidak sistematik. Jika tekanan air terlalutinggiakan menyebabkan kebocoran, manakala tekanan air terlalu rendah akan menyebabkan aliran air tidak sampai ke kawasan yang sepatutnya.
Tukar Seal Pada Sambungan Paip
Untuk setiap pemasangan paip, ia disambungkan dengan seal atau getah sambungan bagi mengubungkan dari satu paip ke paip yang lain. Jadi, lama-kelamaan, getah tersebut akan haus dan longgar sekaligus menyebabkan kebocoran dan memerlukan anda untuk menggantikan getah yang baru.
Perubahan Suhu Air
Apabila suhu panas dan menjadi sejuk akan menyebabkan kontraksi dan juga mengembang. Perubahan suhu ekstrem boleh menjadi faktor paip pecah dan kebocoran air. Perhatikan sistem kerja paip anda dan mungkin anda boleh menukar jenis paip yang lebih baik dan tahan dengan perubahan suhu persekitaran yang dialami.
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jadi, anda perlu mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan saluran paip anda sentiasa lancar dan tidak lagi bocor dan merosakkan dinding rumah.