Carian
Bolehkah Guna Rim Berbeza Pada Satu Kereta – Bila Ia Mula Diperkenalkan?
March 11, 2021 Lina Rosli

Bolehkah Guna Rim Berbeza Pada Satu Kereta – Bila Ia Mula Diperkenalkan?

Tayar adalah komponen utama yang sangat penting pada sesebuah kereta. Ia bagi memastikan yang penggunaannya menawarkan kelancaran pemanduan anda setiap hari.

Bukan sahaja tayar, rim juga turut membantu dalam sokongan operasi tayar. Seperti yang anda ketahui, rim tayar berfungsi untuk menahan getah tayar agar ia berputar tetap pada tempatnya. Di pasaran, terdapat pelbagai saiz dan gaya rim yang tersedia dan mungkin mendatangkan pertanyaan tentang apa perbezaan dan apakah kesan kepada penggunaannya.

silver bicycle wheel

Asal Usul Rim – Bilakah Ia Mula Diperkenalkan?

Jikalau anda melihat penggunaan kenderaan pada zaman dahulu, masyarakat menggunakan roda yang diletakkan pada kereta kuda ataupun kereta lembu untuk menggerakkannya. Roda pada waktu itu turut dikenali sebagai rim yang mana ia disambungkan pada gandar untuk memutar roda. 

Rim diperkenalkan pada abad pertama sebelum Masihi yang diperbuat daripada kayu dan besi. Ia dihasilkan bagi menjadikan roda gerabak lebih tahan lama dan beroperasi dengan baik apabila bergerak di permukaan yang kasar.

Namun, jika menyebut mengenai rim tayar moden, ia mula popular pada sekitar tahun 1945-an. Roda aluminium pertama kali muncul di atas jalan pada kenderaan Ford, Chevy dan Chrysler pada tahun 1950 yang mana ia dipakai oleh kereta lumba bagi tujuan mendapatkan komposisi tubuh kereta yang lebih ringan.

white Lamborghini car

Menjelang awal tahun 1990-an, teknologi tayar berubah yang menawarkan rim dengan pelbagai saiz dan ukuran. Bukan itu sahaja, penawaran rim ini juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi prestasi kenderaan anda yang mana melibatkan penyelarasan, pengendalian, pengereman dan juga kelajuan beserta penentu-ukuran speedometer.

Sehingga hari ini, kebanyakan individu mula memfokuskan kepada penggunaan rim yang menjadikan penampilan kereta lebih estetik. Ada juga yang mengatakan penggunaan rim yang lebih besar boleh membuat kenderaan kelihatan lebih lebih sporty sementara rim yang lebih kecil membuat penampilan berprofil rendah.

Bolehkah Anda Menggunakan Rim Yang Berbeza Pada Satu Kereta?

Jawapannya adalah tidak jika ia hadir dengan saiz yang berbeza. Hal ini kerana, perbezaan saiz rim berupaya menampung kenderaan yang berbeza. Sekiranya kenderaan anda dinilai dengan ukuran yang lebih besar, maka saiz yang lebih kecil adalah tidak sesuai.

Bukan itu sahaja, ukuran rim ini juga mempengaruhi panjang gandar yang mana akan menentukan jarak antara tubuh kereta. Rim besar adalah pilihan yang baik jika anda mencari sedikit lebar tambahan. 

black SRT car wheel and tire

Sekiranya tayar terlalu sempit untuk rim, maka ia akan mempengaruhi udara di tayar. Sebaliknya, jika tayar terlalu lebar ia akan tergantung di atas rim.

Penambahan berat kenderaan yang lebih besar dapat menambah tekanan pada rim yang boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan selain membahayakan penumpang.

Sumber: Complex, Autoblog

Komen