Susu Berperisa Durian Dan Pisang Nilofa Kini Boleh Dibeli Di 7 Eleven

Bagi anda yang belum mencuba lagi susu berperisa durian dan pisang keluaran Nilofa, anda kini nampaknya boleh mula mendapatkannya di rangkaian 7 Eleven di Semenanjung Malaysia bermula hari ini. 

NILOFA BANANA MILK - SUSU PISANG, Food & Drinks, Beverages on Carousell

Mengulas sedikit mengenai Nilofa Banana Milk, ia diformulasi menggunakan susu berkualiti tinggi yang diimport dari Australia. Ia dikatakan sesuai dijadikan sebagai menu diet untuk sarapan ataupun snek harian kerana susu ini kaya dengan vitamin dan mineral. 

Untuk mula mendapatkannya, ia boleh didapati pada harga RM5.50 bagi setiap satu pek. Bukan itu sahaja, bagi setiap pembelian di 7 Eleven yang bernilai RM5, anda boleh mendapatkan satu pelekat dan kumpulkan kesemua 15 pelekat untuk menebus Tin Koleksi #HKVisitMalaysia secara percuma.