Bahan Pengganti Gula Untuk Minuman Teh Atau Kopi Kegemaran Anda
Gula mungkin digunakan untuk menambah rasa manis dan lemak dalam hidangan minuman anda. Namun, untuk anda yang ingin mengamalkan diet yang baik untuk kesihatan, gula yang diproses semestinya tidak baik untuk anda.
Pengambilan gula tambahan yang banyak akan menyebabkan sakit kepala, memberikan tahap tenaga yang rendah serta keradangan. Jadinya, salah satu cara untuk mengurangkan keradangan adalah dengan mengurangkan sajian gula dari diet anda.
Berikut adalah beberapa pengganti gula yang boleh hidangkan dalam minuman kopi dan teh anda:
Madu
Ia merupakan pemanis semula jadi yang. mengandungi lebih banyak nutrien berbading gula biasa. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan bahan antioksidan, mineral dan vitamin yang juga boleh dicerna dengan lebih baik.
Jadinya, anda boleh meletakkan madu sebagai pengganti gula dalam minuman kegemaran anda seperti teh, kopi ataupun smoothie. Malah anda juga boleh hidangkan bersama roti bakar, sos, perapan ayam atau dagi serta dressing untuk salad.
Sirap Maple
Sirup maple hadir dengan pelbagai nutrien baik untuk tubuh seperti agen antioksidan, kalsium, kalium dan juga zat besi. Namun, seperti pemanis semula jadi yang lain, sirap maple tinggi kalori dan harus dihidangkan secara sederhana.
Untuk menggantikan gula dalam kopi anda, anda boleh menambah sirap maple sebagai pelengkap rasa manis dan berlemak. Anda juga boleh gunakannya dalam pilihan sarapan yang lebih sihat seperti oatmeal atau yogurt biasa.
Gula Kelapa
Gula kelapa dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral selain tidak mempengaruhi turun naik gula dalam darah. Walau bagaimanapun, gula kelapa mempunyai jumlah kalori yang sama dengan gula biasa dan masih tinggi karbohidrat dan fruktosa. Jadinya, ia mungkin bukan pilihan terbaik bagi mereka yang menghidap diabetes.
Xylitol
Xylitol adalah alternatif gula untuk teh atau kopi yang sangat sesuai. Anda boleh menggunakan sebanyak mungkin xylitol seperti gula kerana ia hanya hadir dengan 40 peratus lebih sedikit kalori dan karbohidrat.
Xylitol tidak mengandungi rasa pahit dan dapat menawarkan kemanisan untuk teh atau kopi dengan sempurna. Di samping itu juga, xylitol turut mengurangkan risiko kerosakan gigi sehingga 80 peratus.
Kesimpulanny, pilihan untuk pengganti gula dalam minuman harian anda adalah bergantung kepada keinginan anda. Jika anda ingin menambah rasa manis tanpa mengganggu rasa asal, maka xylitol adalah yang terbaik. Namun, jika anda menggemari rasa yang lebih semula jadi, madu dan juga sirap maple adalah pilihan yang baik sebagai alternatif gula.