Carian
Kenapa Anda Kena Pilih Dan Beli Baju Yang ‘Green Label’?
March 12, 2021 Lina Rosli

Kenapa Anda Kena Pilih Dan Beli Baju Yang ‘Green Label’?

Green labels atau turut dikenali juga sebagai Eco Labelling adalah label penanda yang menunjukkan bahawa produk telah memenuhi satu set standard persekitaran atau sosial. 

Pengenalan label hijau ini diperkenalkan oleh Pengurusan Alam Sekitar kepada organisasi untuk mengurangkan kesan berbahaya terhadap alam sekitar yang disebabkan oleh kegiatannya dan operasi dalam menghasilkan produk yang diinginkan.

green clothes hanger

 

Kebiasaannya, pakaian dengan label hijau ini hadir dalam tiga kategori iaitu:

  • Jenis I Eko-label – Produk dengan label ini biasanya dicipta berdasarkan bahan yang menepati kriteria semula jadi.
  • Jenis II Pernyataan Hijau Untuk label ini pula dihasilkan menerusi bahan yang dikitar semula.
  • Jenis III Kesan kepada alam sekitar – Label jenis III ini menyokong misi agensi untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar dan didasarkan pada kesan kitaran hidup yang telah dibuktikan.
ISO Environmental Label Types | Eco label, Messages, Infographic

Dengan begitu banyak masalah yang berlaku hari ini termasuk perubahan iklim, pencemaran plastik, penebangan hutan dan banyak lagi, makanya industri fesyen tidak terkecuali dalam menerapkan label hijau dalam menawarkan produk mereka kepada umum. 

Antara langkah yang boleh diambil oleh para pereka fesyen dan juga penggemar fesyen pada hari ini adalah menggunakan item fesyen yang tidak menggunakan kekejaman terhadap haiwan. Untuk kebanyakan jenama mewah, ada segelintir produk mereka yang menggunakan kulit haiwan dalam koleksi mereka. Jadinya, bagi memastikan misi label hijau ini berjaya, pastikan anda mencari atau menggunakan bahan alternatif yang lain atau sintetik tanpa menggunakan kekejaman terhadap haiwan.

three assorted-color denim bottoms

Bukan itu sahaja, industri fesyen juga boleh mengurangkan pembuangan sampah di lautan dengan menawarkan program kitar semula untuk plastik, kain kanvas atau baju lama bagi menghasilkan produk yang mesra alam di bawah label hijau jenis dua. Anda boleh menghasilkan beg berasaskan tumbuhan atau kasut dari plastik terpakai. Kain dihasilkan menggunakan daun nanas dalam proses penuaian, memberi sisa produk sampingan sebagai tujuan baru.

Untuk setiap pembelian, pastikan anda bertanya dan meminta seseuatu jenama untuk menerangkan mengenai bahan yang digunakan dalam menghasilkan koleksi mereka. Dengan ini, anda boleh mengetahui sama ada produk tersebut menyumbang kepada pencemaran alam, kekejaman terhadap alam dan sebagainya.

Sumber: New Leaf 

Komen