Bilakah Waktu Yang Paling Sesuai Untuk Belajar – Siang Atau Malam?
Bagi anda yang duduk dan masih lagi di peringkat pengajian, apakah cara pengurusan waktu anda? Macam mana anda membahagikan waktu anda dalam mengurus?
Untuk sesetengah individu, ada yang merasakan yang mana waktu pembelajaran adalah sangat penting dalam memastikan tahap fokus berada di tahap optimal. Malah, dengan waktu yang sesuai juga anda boleh mendapatkan tahap pemahaman yang lebih maksima, perlaksanaan tugasan yang lebih efektif dan juga efisien.

Bagaimana Boleh Mengetahui Waktu Belajar Yang Sesuai?
Kebanyakan pelajar lebih memilih untuk berjaga sehingga lewat malam dan belajar sehingga jam sekitar 2 hingga 3 pagi. Namun, ada juga yang cuba untuk tidur awal dan bangun awal pagi pada jam sekitar 4 pagi dan 5 padi untuk mula mengulangkaji.
Manakah kaedah yang betul? Jawapannya adalah lebih baik jika anda belajar dalam keadaan yang segar kerana ia lebih mudah untuk menerima segala informasi dan juga maklumat. Waktu segar otak adalah pada awal pagi yang mana badan telahpun mendapat rehat yang secukupnya.
Masa Yang Terbaik Untuk Belajar
Sebenarnya tidak ada waktu yang tetap yang perlu digunakan untuk belajar. Walau bagaimanapun anda mungkin boleh mengetahui waktu bilakah otak anda dapat berfungsi dengan baik.
Terdapat kajian yang menyatakan yang mana waktu yang terbaik untuk belajar sesuatu yang baru adalah pada jam 10 pagi sehingga 2 petang. Sementara, waktu otak berada di dalam mod yang paling berkesan dan paling fokus untuk menerima input adalah pada jam 4 pagi hingga 7 pagi.
Oleh sebab itu, anda boleh melihat yang mana kebanyakan institusi pendidikan peringkat tinggi memulakan kelas bermula jam 10 pagi kerana pada waktu itu, pelajar sudah berada di dalam keadaan yang segar dan mudah untuk menyerap maklumat yang baru.
Bukan itu sahaja, ada juga penyelidikan yang mengkaji waktu terbaik untuk membuat keputusan. Menurut jurnal Cognition, ia menunjukkan bahawa waktu membuat keputusan yang paling tepat berlaku sewaktu permulaan hari berlangsung iaitu sekitar awal pagi pada jam 8 pagi hingga 1 petang. Namun, walaupun keputusan pagi adalah paling tepat namun keputusan itu juga mengambil masa yang paling lama untuk dibuat.
_______________________________________________________________________
Jadi, adakah waktu siang ataupun malam paling sesuai untuk belajar? Jawapannya, adalah siang yang mana selepas mendapatkan rehat yang secukupnya. Pada waktu malam, anda akan mudah mengeluarkan output hasil daripada pembelajaran di siang hari.
Sumber: Oxford Learning, Science Daily, Psychological Science