Betulkah Belajar Sambil Mengunyah Gula Getah Boleh Tingkatkan Kualiti Memori?

Mengunyah gula getah ataupun chewing gum adalah salah satu mekanisma yang dikatakan sains dapat meningkatkan fokus dan perhatian sewaktu melaksanakan sesuatu perkara. Namun, adakah dengan meningkatkan tahap fokus, ia akan memudahkan anda untuk mengingat dengan baik?

person holding a candy pack on white plastic box

Tidak dinafikan, kebanyakan kajian menunjukkan mengunyah gula getah akan meningkatkan tindakbalas yang dinamakan mastication-induced arousal. Hasilnya, ia menampilkan tahap konsentrasi ataupun fokus yang dilihat lebih tinggi berbanding sekadar mendengar lagu dari peranti anda.

Bagaimana Mengunyah Gula Getah Boleh Memberi Kesan Kepada Kualiti Memori?

Kaedah ini dilihat disokong oleh aktiviti dan juga pergerakan yang berulang-ulang iaitu mengunyah gula getah yang mana dapat meningkatkan tekanan darah anda. Ia sekaligus akan membekalkan otak anda dengan lebih banyak darah dan melancarkan sel anda dengan oksigen. Jadinya, jika anda mendapat oksigen yang secukupnya di dalam tubuh, ia semestinya akan membantu anda menumpukan perhatian dan mendorong kepada peningkatan dalam kualiti ingatan anda.

multicolored balls in clear shot glass

Persoalannya, adakah benar dengan menumpukan perhatian sewaktu belajar dapat meningkatkan kualiti memori?

Jawapannya adalah ya. Pada dasarnya, menumpukan perhatian atau kekal fokus adalah salah satu komponen yang membantu memberi kesan kepada pemahaman anda. Jika anda memberikan perhatian yang baik di dalam kelas, ia semestinya boleh membantu anda mendapatkan informasi yang diingini dengan lebih mudah.

Jika sebaliknya, sudah tentu anda akan menghadapi kesukaran untuk mengingat apa-apa informasi mahupun maklumat kecil yang dibincangkan walaupun untuk tempoh yang singkat.

Tetapi dalam konteks mengunyah gula getah, ia bukanlah berkemampuan meningkatkan kualiti fokus dan juga membantu mengasah memori anda, ia hanyalah satu komponen yang mana membantu anda mengingat kembali situasi yang berlaku pada ketika itu.

Sebagai contoh, sewaktu anda mengunyah gula getah, anda akan ‘recall‘ proses yang mungkin berlaku pada waktu anda mula membuka dan mengunyahnya. Ia akan menampilkan pelbagai deria yang berbeza seperti deria bau dan juga rasa pada lidah yang sekaligus akan menghubungkan memori semasa dan juga memori deria pada satu-satu tempoh masa.

________________________________________________________________________

Jadi adakah belajar sambil mengunyah gula getah boleh meningkatkan kualiti memori? Maka, jawapannya adalah tidak.

Secara umumnya, masticatory atau kunyahan akan membawakan kepada individu percikan tenaga yang dapat membantu anda fokus dengan lebih baik. Namun, masih tidak ada kajian spesifik yang menunjukkan kelebihan mengunyah gula getah. Bukti yang ditampilkan tidak memberi kesan kepada memori episodik dan sekadar aktif untuk sementara waktu sahaja.

Sumber: News Scientist, Spoon University, Harvard Health