Carian
Bagaimana Ingin Mengetahui Minyak Zaitun Tulen Atau Tiruan?
March 15, 2021 Lina Rosli

Bagaimana Ingin Mengetahui Minyak Zaitun Tulen Atau Tiruan?

Untuk kebanyakan hidangan Barat, ia memerlukan anda untuk menggunakan minyak zaitun seperti dressing untuk salad, bahan perapan untuk ikan, ayam dan juga daging serta masakan seperti pasta dan juga sayuran.

Kenapa minyak zaitun menjadi pilihan kebanyakan individu? Jawapannya adalah minyak ini mengandungi nutrien dan khasiat yang baik untuk individu yang mengalami penyakit seperti darah tinggi dan juga kolestrol kerana mengurangkan tekanan darah, keradangan, melindungi zarah LDL dari pengoksidaan dan juga dapat membantu mencegah pembekuan darah jika mengalami. kecederaan serius.

clear glass cruet bottle

Namun, apa yang mungkin menjadi isu adalah penawaran minyak zaitun yang tidak asli yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan untuk segelintir individu. Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda apakah perbezaan yang boleh anda dapati antara minyak zaitun asli ataupun tiruan?

Minyak Zaitun Asli vs Minyak Zaitun Tiruan

Secara umumnya, keaslian minyak zaitun asli dinilai berdasarkan faktor rasa dan juga keasidannya (acidity). Untuk kebanyakan penawaran minyak zaitun di pasaran, ia haruslah dinilai dan diuji terlebih dahulu di dalam makmal agar ia melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Majlis Minyak Zaitun Antarabangsa.

Bowl Being Poured With Yellow Liquid

Jadi untuk mengetahui sama ada ia asli ataupun sebaliknya:

Lihat Musim Penuaian Untuk Buah Zaitun

Antara perkara yang penting dalam mengetahui keasliannya adalah mengetahui tarikh atau musim penuaian untuk buah zaitun. Kebiasaannya, untuk menanam dan mendapatkan hasilnya, sudah tentu ia memerlukan cuaca dan juga keadaan persekitaran yang sesuai.

Jadinya, anda boleh menyemak atau memeriksa tarikh pembuatan untuk minyak zaitun dan juga lokasi penanaman buah zaitun yang jenama tersebut tampilkan.

Uji Minyak Zaitun Dengan Dua Langkah Ini

Bagi anda yang mungkin sudahpun membeli minyak zaitun yang dijual di pasaran, maka anda boleh menguji keasliannya dengan menggunakan langkah ini:

  1. Tuang 3 atau 4 sudu minyak zaitun ke dalam bekas kaca kedap udara. Pastikan ia ditutup rapat.
  2. Kemudian, masukkan bekas tersebut ke dalam peti sejuk selama 24 jam.
  3. Setelah selesai, lihat hasilnya. Jika ia kelihatan mendapan pada bawah minyak ataupun minyak tersebut membeku maka ia adalah minyak zaitun yang asli. Tetapi jika tiada mendapan, maka ia bukanlah minyak zaitun yang asli.

Jadi, sebelum anda yang ingin mendapatkan minyak zaitun dalam penyediaan hidangan harian anda, pastikan menyemak dahulu maklumat pada pelekat botol. Bukan itu sahaja, anda disarankan untuk mendapatkan minyak zaitun yang dikeluarkan di pasaran yang mana telah diuji di dalam makmal.

Sumber: Epicurious,  About Olive Oil

Komen