DHC Tampil Dengan Produk Penjagaan Kulit Dari Ekstrak Minyak Zaitun
Buah zaitun sememangnya sangat terkenal dengan kebaikan nutrien yang ditawarkan. Ia bukan sahaja memberikan khasiat untuk tubuh badan, malah ia juga membawakan bahan yang juga baik untuk kulit.
Bercerita mengenai kebaikan yang ditawarkan di dalam buah zaitun, sebuah jenama kecantikan daripada Jepun telah hadir dengan penawaran terbaru untuk pasaran Malaysia menerusi rangkaian produk DHC. Ia menampilkan variasi produk termasuk krim bibir, pembersih wajah, pelindung UV, pembersih solekan, sabun dan banyak lagi.

Dalam menghasilkan barisan produk yang berkualiti, jenama ini nampaknya telah berinovasi dengan menyatukan kecanggihan sains masa kini bersama ilmu botani tradisional. Untuk setiap produk yang ditawarkan, ia hadir dengan ramuan daripada minyak zaitun tulen sebagai bahan asas yang membantu dalam meningkatkan kualiti kulit.
Berikut adalah senarai produk DHC berserta penawaran harga yang ditawarkan:
- DHC Olive Virgin Oil berfungsi untuk melembapkan kulit.
- DHC Deep Cleansing Oil berfungsi dalam menanggalkan solekan danjuga membersihkan wajah.
- DHC Mild Foaming Face Wash dan varian DHC Deep Moistening Lotion yang mana boleh digunakan dalam rutin penjagaan kulit untuk fungsi double cleanse.
- DHC Lip cream dan DHC UV Moisture Lip Cream untuk penjagaan bibir dan mengekalkan kelembapan bibir.
- DHC Revitalizing Moisture Strips
- DHC Suncut Q10 Gel
- DHC Olive Virgin Oil Crystal Skin Essence


Bagi anda yang berminat, kesemua produk ini boleh didapati di kedai atau farmasi terpilih seperti Watson, Don Don Donki, Play Up Beauty Store dan juga di platfom edagang seperti Hermo, Shopee dan Lazada bermula hari ini.