Apa Perlu Buat Jika Hidung Berdarah, Elak Mendongakkan Kepala
Apabila anda mengalami situasi yang mana darah keluar daripada hidung, pastinya anda akan cenderung untuk mendongakkan kepala bagi menghalang ia daripada terus menitis.
Namun, tahukah anda bahawa ia sebenar tindakan salah yang mampu mendatang kemudaratan kepada tubuh?
Sebelum berkongsi lanjut mengenai cara menguruskan hidung berdarah, Tajria ingin berkongsi tentang faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini.
Terdapat dua jenis pendarahan yang berlaku iaitu pendarahan hidung anterior dan juga posterior.
Untuk pendarahan hidng anterior, ia berlaku di bahagian depan hidung yang juga pada bahagian bawah dinding yang memisahkan dua sisi hidung disebut septum. Ia berlaku apabila kapilari dan saluran darah kecil rapuh dan pecah. Kebiasaannya, jenis anterior ini berlaku dalam kanak-kanak dan biasanya dapat dirawat di rumah.
Sementara untuk hidung berdarah jenis poeterior pula berlaku disebabkan oleh pendarahan pada saluran darah yang lebih besar iaitu di bahagian belakang hidung berhampiran tekak. Ia dikatakan lebih serius. berbanding anterior yang mana ia memerlukan rawatan perubatan segera untuk menghentikannya. Untuk jenis ini, ia lebih kerap berlaku pada orang dewasa.
Apakah faktor yang boleh menyebabkan hidung berdarah?
Penyebab hidung berdarah yang paling biasa adalah berpunca daripada udara kering. Ketika ia berlaku, anda akan mendapati bahawa cuaca persekitaran terasa panas dan juga kelembapan udara yang rendah. Kedua-dua persekitaran ini dilihat boleh menyebabkan selaput hidung yang juga tisu halus di dalam hidung anda akan menjadi kering dan berkerak sekaligus menyebabkannya berdarah jika digosok berkali-kali.
Selain itu, antara faktor lain yang menyebabkan hidung berdarah adalah disebabkan tekanan darah yang tinggi, reaksi alergi sehingga membuatkan saluran darah pecah, ubat-ubatan, leukimia dan juga kesan pembedahan.
Mengapa tidak boleh mendongak ketika hidung berdarah? Jawapannya adalah jika anda mendongak, darah yang mengalir boleh memasuki ke saluran pernafasan dan seterusnya mengakibatkan ia tersekat dan menyukarkan anda untuk bernafas. Malah, ia turut akan mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk.
Bagaimana Cara Yang Sepatutnya Anda Memberhentikan Pendarahan Hidung?
- Duduk dan tunduk ke hadapan
- Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit.
- Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata.
- Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti.
- Jika ia tidak berhenti, pastikan anda mendapatkan rawatan doktor sama ada di klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Bukan itu sahaja, jika anda mengalami situasi ini, pastikan anda tidak mengorek atau menyumbat sesuatu ke dalam hidung kerana ia akan menyebabkan pendarahan menjadi lebih teruk.
Sumber: Clevel And Clinic, MyHealth