Apa Makna PET? Berapa Banyak Kali Botol Plastik Boleh Diguna Semula?

Bagi segelintir individu, penggunaan semula botol air plastik dilihat bukanlah sesuatu isu yang mana selagi ia tidak berubah bentuk dan juga warna, maka botol tersebut masih boleh dipakai.

Tidak dinafikan, amalan penggunaan semula botol air plastik ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, dengan penggunaan botol plastik dengan kuantiti botol yang sedikit dapat mengecilkan jejak karbon kolektif untuk sesebuah negara.

woman in black long sleeve shirt holding white plastic bottle

Namun persoalannya, berapa banyak kali boleh anda menggunakan semula botol plastik yang terpakai?

Adakah dengan kaedah penggunaan semula ini tidak akan menjejaskan kesihatan? 

Jadi, dalam artikel Tajria kali ini, kita akan melihat apakah jenis botol plastik yang tersedia di pasaran dan juga bolehkah anda menggunakan semula botol air plastik.

Apa Makna PET Yang Terpapar Pada Bawah Botol Plastik?

Jika anda perasan, pada setiap bahagian bawah botol plastik mempunyai cop ataupun tanda yang tertera kod PET. Tahukah anda apakah maksud di sebaliknya?

Untuk setiap botol plastik, ia hadir dengan beberapa campuran yang mungkin merangkumi pelbagai sebatian sehingga membentuk polimer sintetik.

Kod PET atau nama saintifiknya Polyethylene Terephthalate, ia adalah botol jenis polimer yang tidak mengandungi bahan berbahaya seperti BPA tetapi mungkin mengandungi bahan lain termasuk antimoni pada kuantiti yang sedikit. Namun, ia akan menjadi berbahaya kepada kesihatan hanya apabila ia terdedah kepada suhu yang panas seperti diletakkan dengan air panas ataupun dibiarkan di dalam kereta pada masa yang lama.

BPA adalah Bisphenol A. Ia adalah sejenis bahan kimia yang ditambah ke dalam kebanyakan produk komersial termasuklah botol plastik, bekas makanan dan juga botol susu anak anda. Ia juga sering dicampurkan dengan sebatian lain bagi menghasilkan plastik yang lebih kuat dan berdaya tahan. Namun, apa yang merisaukan adalah BPA tidak baik untuk kesihatan yang mana boleh mendatangkan kemudaratan kepada otak dan juga hormon.

Terdapat juga kajian yang menyatakan hubungan antara BPA dengan peningkatan tekanan darah.Bercerita mengenai kod ini lagi, terdapat satu lagi kod yang mungkin anda akan perasan iaitu High Density Polyethylene (HDPE). Botol dengan kod ini biasanya boleh dijumpai pada botol susu, jus, bekas yogurt dan juga bekas barangan rumah yang lain.

HDPE diperbuat daripada nonylphenol yang didapati berbahaya bagi hidupan air selain boleh mempengaruhi sistem endokrin yang mengawal hormon anda. Malah, ia juga tidak sesuai digunakan lebih daripada sekali. 

Bolehkah Anda Menggunakan Semula Botol Air Plastik?

Jawapannya adalah tidak. 

Kebiasaannya, botol air plastik tidak boleh digunakan lebih dari satu kali. Namun, apa yang boleh dilakukan adalah dengan mengitar semula botol minuman tersebut. 

Mengapa ia tidak elok digunakan semula atau dipakai lebih daripada satu kali? 

Menurut kajian, bagi setiap botol yang dikilangkan, ia hadir dengan bahan kimia yang mudah pecah dan tipis. Maksud pecah disini adalah polimer yang mudah terlerai. Apabila ia terlerai, kimia ini akan bercampur dengan air yang anda isi di dalam botol yang semestinya akan mengundang bahaya jika diminum pada kuantiti yang banyak dan kerap.

Bukan itu sahaja, penggunaan botol air plastik lama juga hadir dengan risiko bakteria walaupun telah dicuci berkali-kali. Para penyelidik mengatakan disebabkan ruang botol yang kedap dan lembap, bakteria berpotensi untuk tumbuh dan berada di dalam botol. Bagi mematikan bakteria tersebut, anda perlu mencucinya menggunakan air panas.

white plastic bottle lot

Namun, apa yang menyukarkannya adalah apabila botol plastik dicuci pada suhu yang tinggi, ia akan berbalik kepada risiko antinomi dan BPA yang boleh mendatangkan kesan kesihatan termasuk masalah kesuburan, perkembangan otak, barah dan komplikasi jantung.

________________________________________________________________________

Oleh sebab itu, anda tidak disarankan menggunakan botol air plastik lebih daripada satu kali. Sekiranya anda bimbang akan pencemaran alam sekitar, anda disarankan untuk mendapatkan botol yang direka untuk penggunaan yang berterusan sama ada ia mesra alam ataupun diperbuat daripada keluli tahan karat.

Sumber: Healthline, Considerable