Carian
The Tencel dUCK – Menampilkan Barisan Tudung Lestari, Rekaan Daun Eucalyptus
March 17, 2021 Lina Rosli

The Tencel dUCK – Menampilkan Barisan Tudung Lestari, Rekaan Daun Eucalyptus

The dUCK Group kini tampil lagi dengan penawaran terbaru yang menggunakan jenis kain TENCEL™ untuk koleksi tudung baharu iaitu The Tencel dUCK. Selari dengan fokusnya untuk menjamin kelestarian, ia diperbuat daripada kain fibre Lyocell yang mana didapati menerusi sumber kayu.

Untuk koleksi kali ini, ia menampilkan rekaan daun eucalyptus sebagai corak utama. Ia hadir dengan 7 warna utama iaitu Coral, Maroon, Purple, Brown, Blue, Black dan Pink yang mana boleh didapati dalam bentuk tudung bawal dan juga selendang.

Bercerita mengenai bahan yang ditampilkan pada The Tencel dUCK, ia menggunakan jenis kain yang lembut, ringan dan tidak panas ketika dipakai. Dengan ini, ia mudah untuk digayakan dan dipakai sewaktu bekerja ataupun berjalan tanpa risau akan ketidakselesaan.

Bagi yang berminat, koleksi The Tencel dUCK boleh didapati pada harga RM200 yang mana ia disertakan dalam bungkusan kotak yang diperbuat daripada 100% bahan kitar semula dan dicetak dengan dakwat berasaskan soya.

Anda juga boleh mendapatkan pilihan beg membeli-belah terbaru pada harga RM55 sahaja. Selain menampilkan koleksi lestari ini, dUCk sebelum ini pernah hadir dengan program kitar semula untuk kotak-kotak keluarannya yang sedia ada.

Komen