Carian
Tips Fotografi – Apa Yang Boleh Anda Lakukan Menerusi Kamera Samsung Galaxy A52 dan A72?
March 17, 2021 Lina Rosli

Tips Fotografi – Apa Yang Boleh Anda Lakukan Menerusi Kamera Samsung Galaxy A52 dan A72?

Tidak dinafikan, kamera pada telefon telah mengubah konsep fotografi tradisional yang sebelum ini menggunakan kamera DSLR yang besar dan berat, kini anda hanya perlu membawa telefon pintar untuk merakam memori indah.

Fenomena ini telah membawa revolusi dalam industri fotografi. Sebelum ini, keupayaan telefon pintar untuk merakam gambar dengan baik boleh dikatakan tidak setaraf dengan peranti professional, namun dengan adanya penawaran lensa dan sensor yang berbagai pada telefon pintar, ia dilihat telah mengubah persepsi individu untuk menggunakan kamera yang terbina pada telefon pintar anda.

Anda hanya perlu mengubah tetapan, sudut dan pencahayaan serta menggunakan aplikasi suntingan yang bersesuaian, anda pastinya akan mendapat hasil yang cukup memberangsangkan.

Jadi, dengan penawaran peranti terbaru daripada Samsung, Tajria ingin berkongsi kepada anda berkenaan tips fotografi berkenaan fungsi kamera yang ditampilkan bersama-sama dengannya dan juga apakah yang boleh anda lakukan menggunakan kamera Samsung Galaxy A52 dan juga Galaxy A72.

Pasang Grid Untuk Memastikan Komposisi Gambar Berada Pada Titik Yang Betul

Untuk menjadikan gambar anda kelihatan berbeza daripada banyak gambar lain, anda boleh mencari sudut yang unik bagi mendapatkan komposisi gambar yang menarik.

Untuk membantu anda melakukan ini, masuk ke tetapan aplikasi kamera anda dan aktifkan garis grid. Grid ini membantu anda untuk menetapkan posisi kamera bagi menentukan subjek berada di posisi rendah atau tinggi ketika mengambil gambar. 

Viewing Grid lines on Camera screen

Untuk mendapat sudut yang unik, perhatikan apa yang ada di latar depan atau latar belakang gambar anda untuk menambahkan lebih banyak kesan visual selain mengelakkannya daripada merosakkan gambar anda.

Guna Lensa Potrait Yang Boleh Mengubah Latar Belakang

Kadangkala pastinya ruang atau persekitaran untuk mengambil gambar tidak seindah yang kita harapkan. Ia mungkin mempunyai gangguan yang tidak dapat dielakkan seperti latar belakang yang bersepah, atau mungkin juga kawasan tersebut sesak sehingga boleh mengurangkan nilai estetik pada gambar anda.

Namun, anda tidak perlu risau kerana apa yang menarik pada peranti Samsung Galaxy A52 dan A72, ia menyertakan sokongan potrait yang mana boleh diubah mengikut lensa sama ada sudut lebar ataupun biasa. Malah, ia juga menawarkan ciri mengubah latar belakang mengikut kegemaran anda.

Rakam Persekitaran Menggunakan Lensa Sudut Lebar

Sementara untuk anda yang sering merakam gambar potret peribadi, anda boleh menggunakan lensa sudut lebar untuk mendapatkan postur tubuh yang tinggi pada hasil OOTD anda.

Ia bukan sahaja menjadikan objek yang lebih dekat kelihatan lebih tinggi, malah menerusi lensa ini juga, ia turut meningkatkan pemisahan antara subjek dan latar belakang anda.

Selain itu, lensa sudut lebar yang disertakan pada Samsung Galaxy A52 dan A72 dilihat akan memudahkan anda merakam subjek yang besar dalam ruang yang kecil. Melaluinya, lebih banyak subjek boleh dimasukkan ke dalam rakaman gambar sekaligus boleh mempamerkan depth pada gambar.

Rakam Gambar Yang Pelbagai Dalam Satu Masa Menggunakan Fungsi Single Take

Fungsi Single Take yang ditampilkan pada peranti ini sememangnya memudahkan anda merakam gambar dan video pada satu masa. Ia akan merakam video berdurasi 3 hingga 10 saat dan anda boleh mendapatkan sehingga 14 jenis gambar dan juga klip video pendek. 

Dengan adanya fungsi ini, ia membolehkan anda menghasilkan AI Best Moment, Live Focus, gambar dengan penuras, Smart Crop, boomerang dan banyak lagi.

Boomerang Lebih Menarik Menggunakan Penuras Snapchat Terbina Pada Peranti

Bagi anda yang kerap merakam video pendek dan juga boomerang, pastinya anda akan menyukai penuras Snapchat yang ditampilkan khusus pada peranti Samsung Galaxy A52 dan A72. Untuk menggunakannya, anda boleh mengakses mod Fun pada peranti dan mula mencuba beberapa penuras yang tersedia.

Apa yang menariknya mengenai penawaran ini adalah, anda boleh mempelbagaikan rakaman video pendek tanpa memerlukan sambungan internet bagi menggunakannya. 

________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk merakam gambar menggunakan peranti Samsung Galaxy A52 dan juga Galaxy A72 anda. Antara ciri penggambaran lain yang turut disediakan pada peranti ini termasuk ciri Space Zoom yang membawakan zum digital sehingga 30 kali untuk model Galaxy A72. Malah, ia juga hadir dengan lensa utama 64-megapixel yang telah ditambahbaik iaitu menggunakan sistem OIS (Optical Image Stabilizer) yang mana hadir dengan penstabilan yang lebih padu berbanding EIS.

Komen