Carian
Ikuti Cara Ini Untuk Mengasah Pisau Dapur – Supaya Tahan Lama
March 25, 2021 Lina Rosli

Ikuti Cara Ini Untuk Mengasah Pisau Dapur – Supaya Tahan Lama

Memastikan pisau di rumah anda kekal tajam adalah penting bagi memudahkan proses memasak dan kelancaran sewaktu menyediakan makanan.

Selepas berpuluh dan beratus kali penggunaan, pisau yang digunakan tersebut perlu diasah semula dan ditajamkan menggunakan alatan yang bersesuaian.

gray knife on brown wooden surface

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengasah pisau dapur dengan lebih mudah:

Menggunakan Batang Pengasah

Batang pengasah atau honing rod ini boleh didapati dalam bentuk silinder bulat keluli yang panjang. Untuk menggunakannya:

  1. Posisikan pisay dan keluli pada arah yang bertentangan sama ada kiri atau kanan. Pastikan anda hanya menggerakkan atau meluncurkan bahagian tepi bilah pisau dan gosoknya dengan sedikit tekanan.
  2. Ulang teknik meluncur ini untuk bahagian kiri dan kanan.
  3. Tips tambahan, anda perlu menyerongkan sedikit pisau dan keluli pada sudut sekitar 20 hingga 30 darjah.
  4. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengasah pisau anda dengan alat yang sama.
  5. Lap pisau anda dengan bersih dan cuba memotong sesuatu seperti bawang, lobak ataupun sayuran.

Menggunakan Batu Asah

Penggunaan batu asah ini lebih tradisional yang mana ia berfungsi hampir sama seperti kertas pasir. Selain mengasah juga, ia turut membantu membetulkan bahagian yang bengkok pada hujung bucu pisau.

  1. Rendam atau basahkan batu asah.
  2. Kemudian, pegang pisau pada sudut 20 darjah secara arah lawan batu. Sebagai contoh, anda menggeser pisau dari atas ke bawah.
  3. Untuk batu asah ini juga, ia mempunyai dua sisi yang mana menawarkan pilihan tekstur kasar dan juga tekstur halus.
  4. Tips tambahan, anda boleh mulakan mengasar pada sisi kasar jika pisau anda terlampau tumpul dan ratakan pisau menggunakan sisi halus.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda sering mengasah pisau, mungkin anda lebih sesuai menggunakan bahagian yang halus.

Mengapa Anda Perlu Mengasah Pisau?

Anda tidak mungkin tidak menyedari, setiap kali anda menggunakan pisau ia akan membengkokkan hujung pisau. Selain dengan mengasah, ia juga dapat menghakis bahagian yang tidak bersih pada pisau. Semoga tips ini bermanfaat!

Komen