Benarkah Rawatan Chiropractic Boleh Melegakan Tekanan Pada Tubuh?

Chiropractic adalah satu teknik penjagaan kesihatan yang menggunakan manipulasi tulang untuk menghilangkan rasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu di badan. Teknik ini biasanya dilakukan dengan cara menekan dan menarik bahagian tulang belakang ataupun leher bagi melegakan rasa tegang.

Setakat ini, tiada lagi kajian yang menyokong teknik ini sebagai kaedah melegakan tekanan pada tubuh. Namun, perkara utama yang ingin dipromosikan melalui teknik ini kepentingan regangan dan senaman bagi mengurangkan risiko keradangan pada tisu otot dan juga tulang. Hal ini kerana, kebanyakan masalah ketegangan dan keradangan berlaku disebabkan beban pada yang tetrtumpu pada sesuatu titik tubuh sahaja.

brown and black clipboard with white spinal cord print manual

Bagaimana Rawatan Chiropractic Berfungsi?

Biasanya untuk melakukan rawatan ini, pakar chiropractor akan memberi tumpuan kepada kesihatan dan penyelarasan sistem muskuloskeletal yang betul. Untuk pengetahuan anda, sakit otot dan sendi berlaku apabila beberapa komponen dalam sistem otot, sendi, tulang, tendon dan ligamen tidak berada pada kedudukan yang betul ataupun memegang beban yang tinggi untuk tempoh masa yang lama.

Jadinya, melalui teknik chiropractic, ia dikaitkan dengan penjajaran tulang belakang. Tulang belakang bukan sekadar lajur tulang malah ia turut menempatkan sistem saraf pusat. Disebabkan semua bahagian badan bersambung dengan tulang belakang, penyelarasan yang betul boleh mengurangkan rasa sakit dan memberikan kelegaan setelah melaksanakan chiropractic. 

________________________________________________________________________

Untuk mendapatkan rawatan ini, Chiropratic First Group (CFG) telah membuka cawangan di sekitar Lembah Klang. Ia membawakan pakar chiropractic yang berpengalaman selain dihadiri dengan dianogsis yang bersesuaian untuk setiap pengunjung yang datang. Malah, ia juga membawakan prosedur yang komprehensif dan proses yang profesional bagi mengurangkan risiko kecederaan sewaktu melakukan rawatan pemulihan.

Jika berminat, anda boleh menjadualkan temujanji di klinik berhampiran anda menerusi laman rasmi Chiropractic First.