Carian
Perbezaan Antara Thermomix Dan Noxxa – Manakah Pilihan Anda?
March 19, 2021 Lina Rosli

Perbezaan Antara Thermomix Dan Noxxa – Manakah Pilihan Anda?

Memasak pada masa kini bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Dengan penawaran teknologi dan juga kemahiran yang digabungkan menjadi satu, ia pasti dapat membantu individu untuk mula memasak bukan hanya untuk wanita, malah juga lelaki. Pelbagai lauk dan hidangan boleh disediakan hanya dengan menekan butang sahaja.

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, anda dapat menyaksikan yang mana banyak peralatan dapur mula mendapat perhatian ramai. Ia termasuk periuk serbaguna Noxxa dan juga Thermomix.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah apakah perbezaan yang di antara kedua-duanya? Manakah yang paling sesuai untuk anda?

Apa Itu Thermomix?

Secara amnya, Thermomix adalah mesin pengaduk makanan ataupun pengisar yang boleh membantu anda menyediakan makanan semuanya di dalam satu tempat sahaja. Ia akan memasak dan mencampurkan makanan pada suhu dan kelajuan yang bersesuaian.

Apa yang menarik adalah ia tidak hanya tertumpu pada makanan biasa sahaja. Thermomix ini dilihat membantu dalam membuat teh tarik, menyediakan risotto, membakar kuih dan banyak lagi.

Selain itu, mesin ini dilihat hadir dengan pelbagai model. Jadinya, anda perlu mendapatkan model yang bersesuaian dengan keperluan anda di rumah.

Model Thermomix TM5

Untuk model Thermomix TM5 ini adalah, ia hadir dengan dengan sistem operasi secara automatik. Ia menampilkan panel skrin sesentuh pada bahagian hadapan, selain dilengkapi dengan motor yang dilengkapi dengan fius untuk melindungi mesin daripada menjadi terlalu panas.

Dari segi kelengkapan yang tersedia, mesin ini dilihat boleh mengakses buku resepi digital yang memudahkan anda untuk menyediakan makanan. Antara kelebihan yang boleh dilaksanakan termasuk memotong sayur, menggiling daging, mengisar kopi, menyediakan yogurt dan banyak lagi.

Model Thermomix TM6

Untuk fungsi memasak yang lain, ia hadir sama seperti model TM5. Namun apa yang menjadikannya lebih menarik adalah Thermomix model TM6 hadir dengan ciri tambahan lain iaitu sokongan WiFi secara terbina yang mana boleh mengakses pangkalan data resipi yang besar iaitu lebih daripada 50,000 resipi secara terperinci. Dengan bantuan perkhidmatan Cookidoo, anda boleh mengumpulkan koleksi resipi anda sendiri, membuat perancangan untuk menu makan minggu ini, membuat senarai membeli-belah dan banyak lagi. 

Model Thermomix TM31

Perbezaan utama antara model ini dan model sebelumnya TM5 dan TM6 adalah ketiadaan kerepek resipi dan fungsi memasak terkawal. Thermomix TM31 bertujuan untuk memasak secara manual sahaja. Dari segi fungsi, model ini menggantikan 12 peranti dapur dan banyak peranti tambahan. Peranti boleh menggantikan penggiling, mesin pencincang, penggiling kopi, penggiling kopi.

Apa Itu Noxxa?

Tidak seperti periuk ajaib Thermomix, Noxxa hadir dengan penawaran yang lebih asas dan hanya membenarkan pengguna untuk memasak, menumis, merebus, mengukus dan memasak nasi sahaja.

Malah ia juga hadir dengan kapasiti yang besar yang mana memudahkan anda untuk menyediakan makanan untuk kuantiti yang lebih ramai. 

Antara yang menarik mengenai periuk ini, ia hadir dengan ciri masakan tekanan rendah dan tekanan tinggi. Oleh sebab itu, ia boleh memastikan hidangan anda siap di masak dalam tempoh yang lebih pendek berbanding biasa. Menggunakan periuk Noxxa juga, anda boleh memasak ikan kukus tanpa perlu memanaskannya di atas api.

Sebagai contoh, untuk melembutkan daging sudah tentu anda perlu merebusnya sehingga satu hingga dua jam yang mana akan menyukarkan aktiviti memasak anda. Tetapi dengan periuk Noxxa, ia mampu memintas masa memasak sehingga 60 peratus iaitu sekitar 25 hingga 40 minit sahaja. Malah untuk nasi, ia menanak hanya dalam masak 7 minit sahaja.

Thermomix vs Noxxa – Mana Satu Pilihan Anda?

Jika dibandingkan antara dua periuk ini, Thermomix bersesuaian untuk anda yang mempunyai keinginan untuk terokai lebih banyak resipi dan juga hidangan yang mungkin tidak pernah anda sediakan sebelum ini. Hal ini kerana, ia hadir dengan pelbagai butang dan ciri yang mungkin kompleks untuk hidangan harian.

Sementara untuk Noxxa pula, ia tidak membawakan fungsi yang variasi seperti Thermomix yang mana menampilkan pisau atau bilah pemotong, pengawal suhu dan lain-lain. Noxxa hanya bertindak seakan pressure cooker yang mana hanya membantu masakan disiapkan dengan lebih cepat.

Dari segi harga pula, Thermomix membawa tanda harga sekitar RM7000 manakala Noxxa pula dijual pada harga sekitar RM500 hingga RM800 sahaja.

Komen