Carian
Cuka Epal – Kenali Kebaikan Pengambilannya Dalam Minuman Dan Makanan
March 19, 2021 Lina Rosli

Cuka Epal – Kenali Kebaikan Pengambilannya Dalam Minuman Dan Makanan

Amalan pemakanan kesihatan seperti pengamb ilan cuka sudahpun popular sejak berabad lamanya. Anntara yang masih lagi relevan dalam gaya hidup masa kini adalah penyediaan cuka epal dalam minuman dan juga masakan.

Cuka apel ini mempunyai pelbagai khasiat yang sihat, termasuk kesan antimikroba dan antioksidan. Lebih-lebih lagi, bukti menunjukkan bahawa ia dapat memberikan manfaat kesihatan, seperti membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol, menurunkan kadar gula dalam darah selain merendahkan gejala diabetes.

sliced apples on cup with cinamon

Cuka epal diperbuat daripada cider dan mempunyai warna kuning pucat. Seperti mana jenis cuka yang lain, ia mempunyai rasa yang masam disebabkan oleh kehadiran asid asetik (acetic acid) dan asid malik (malic acid).

Antara kebaikan cuka epal yang sering menjadi bualan ramai individu adalah:

Membantu menurunkan berat badan

Kajian menunjukkan bahawa cuka dapat membantu orang menurunkan berat badan. Hal ini kerana, cuka dapat meningkatkan rasa kenyang. Ada kajian mendapati bahawa pengambilan cuka bersama dengan makanan berkarbohidrat tinggi boleh meningkatkan rasa kenyang sekaligus mampu menurunkan lemak perut dan berat badan.

Merendahkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

Bukan itu sahaja, cuka  mengandungi kandungan asid klorogenik, antioksidan yang terbukti secara saintifik untuk melindungi individu daripada penyakit jantung. Malah, epal juga mengandungi nutrien pektin iaitu jenis serat yang dikatakan mampu menurunkan tahap kolesterol. Pengurangan kadar kolesterol juga bermakna risiko penyakit jantung adalah lebih rendah.

Penggunaan cuka sebagai dressings salad didapati memberi kesan kebaikan kepada jantung yang mana menyebabkan tekanan lebih rendah berbanding dressings salad yang lain.

Melegakan pedih ulu hati dan refluks asid

Selain itu, bagi anda yang mungkin mengalami masalah gastrik ataupun pedih ulu hati, cuka boleh mengurangkan rasa sakit. Ia dikaitkan juga dengan sifatnya yang mudah kenyang, maka ia baik untuk kesihatan perut anda. Cuka epal juga mengandungi sifat-sifat antimikrob yang boleh menghalang masalah usus tertentu yang mungkin menyebabkan refluks asid.

Terdapat pelbagai lagi kebaikan cuka untuk tubuh anda. Ia termasuk membantu membunuh patogen dan bakteria secara tradisional. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan cuka untuk membersihkan dan membasmi kuman, merawat kulat kuku, kutu, ketuat dan jangkitan telinga.

Komen