Nasi Lemak McD Baru – Hadir Dengan Pilihan Hirisan Ayam GCB Dan Spicy Chicken McDeluxe

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, menu Nasi Lemak sememangnya sudah sinonim sejak dahulu lagi. Tidak kira untuk sarapan, makan tengahari, makan petang ataupun malam.

Nasi Lemak merupakan menu yang paling digemari oleh semua lapisan individu. Untuk setiap set nasi, ia menampilkan pelbagai pilihan lauk yang disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Ada individu yang menggemari lauk seperti sambal kerang, sambal sotong, telur mata dan banyak lagi.

Untuk tidak ketinggalan dalam menjamu rakyat Malaysia dengan menu yang paling digemari, nampaknya McDonald’s telah hadir dengan menu nasi lemak yang telah ditambah baik.

Dari segi penawaran lauk, ia masih lagi menawarkan telur mata, ikan bilis, timun dan juga sambal tumis. Namun apa yang membezakan, kali ini McDonald’s telah menambah pilihan ayam iaitu pelanggan boleh memilih sama ada ingin mendapatkan satu ketul ayam goreng ataupun ayam goreng yang dihiris.

Berdasarkan menu yang diperlihatkan, hirisan ayam ini ditampilkan dalam dua pilihan iaitu ayam hiris GCB dan juga ayam goreng Spicy Chicken McDeluxe.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkan Nasi Lemak McD bersama GCB Cutlet ataupun Spicy Chicken McDeluxe Cutlet pada harga bermula RM16.03. Untuk Nasi Lemak set biasa pula, anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM16.98.