Bahaya Ke Makan Telur Separuh Masak – Risiko Mengalami Salmonella?

Pernahkah anda mendapatkan hidangan telur separuh masak di dalam menu makan anda? Jika ya, telur separuh masak ini sebenarnya hadir dengan pebagai kebaikan yang merangkumi nutrien penting seperti protein, riboflavin dan selenium.

Asal usul menu telur separuh masak ini sebenarnya diperkenalkan oleh orang Rom Purba. Ia pertama kali disediakan di negara tersebut yang mana ia dimasak sekitar lima minit dan dicampurkan dengan lada, madu dan cuka yang dicampurkan dengan sos ikan.

Ia dilihat meraih populariti di Perancis pada abad pertengahan yang mana dijadikan sebagai menu sarapan. Jika di Asia pula, menu ini nampaknya sangat sinonim dengan menu di kopitiam yang biasanya disediakan sekali dengan kopi atau teh.

brown wooden spoon on black ceramic plate

Amalan memakan telur ini sering dikaitkan dengan menu makanan yang berkhasiat. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol kerana telur kuning mempunyai komponen yang disebut lesitin, yang berkesan melawan sklerosis dengan menekan tahap kolesterol. 

Namun, adakah kelebihan ini turut hadir pada menu telur separuh masak?

Jawapannya tidak, telur separuh masak hadir mungkin hadir dengan risiko kesihatan. Tidak seperti telur yang dimasak, ia tidak mempunyai risiko salmonella.

Seperti yang anda sedia maklum, ayam dan juga telur mentah mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan keracunan. Bakteria ini hadir apabila ia terkontaminasi sewaktu ayam bertelur dan kemudiannya telur itu diletakkan dalam keadaan tidak bersih. Dengan memasak telur, ia akan membunuh bakteria yang masih ada kerana salmonella ini tidak dapat bertahan dalam keadaan panas.

Tambahan, salmonella boleh berbahaya dan menyebabkan keracunan makanan, gangguan gastrousus, cirit-birit, kekejangan perut dan demam.

Jadi, bahaya ke makan telur separuh masak? Ia boleh dikatakan berisiko tinggi jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Antara komplikasi biasanya berlaku adalah toksin akan diserap ke dalam saluran darah dan mengalir ke seluruh anggota badan seterusnya merosakkan organ berkenaan.

Selain itu, kuman yang berada dalam darah akan menyebabkan berlakunya sepsis seterusnya mengakibatkan tekanan darah terlalu rendah dan menyebabkan berlaku kematian.

Sumber: MyHealth