Carian
Tips Fotografi – Menggunakan Mod Pro Pada Samsung Galaxy A32
March 22, 2021 Lina Rosli

Tips Fotografi – Menggunakan Mod Pro Pada Samsung Galaxy A32

Pada era masa kini, terdapat banyak benda yang ditawarkan bagi tujuan memudahkan penggunaan dan juga pengurusan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, penggunakan periuk ajaib yang kini digunakan bagi memudahkan individu untuk menyediakan masakan. Dengan adanya periuk tersebut, segala jenis masakan boleh dimasak menggunakannya.

Nampaknya, telefon pintar juga tidak ketinggalan. Dahulunya, individu perlu mendapatkan kamera bagi mendapatkan hasil gambar dan video yang menarik. Namun, kini semuanya tersedia pada satu peranti sahaja iaitu telefon pintar.

2. A man standing in a basketball court. Taken on the Ultra Wide Camera, you can see more of the court and scene around him.

Melaluinya, anda tidak lagi perlu membawa lensa dan aksesori yang besar setiap kali ingin mengambil gambar. Apa yang penting adalah anda perlu mengetahui ciri atau fungsi kamera yang ditampilkan pada peranti untuk menghasilkan rakaman gambar dan video yang cantik dan versatil.

Dalam artikel kali ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda cara atau tips yang boleh anda praktikkan ketika merakam gambar menggunakan mod pro yang tersedia pada peranti Samsung Galaxy A32.

Untuk Samsung Galaxy A32, ia membawakan kuad-kamera dengan sensor utama 64-megapixel. Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan kamera ultra-lebar 8-megapixel, lensa mikro 5-megapixel dan juga lensa depth 5-megapixel. 

A rear close-up of advanced Quad Camera, showing F1.8 64MP  Main Camera, F2.2 8MP Ultra Wide Camera, F2.4 5MP Depth Camera and F2.4 5MP Macro Camera.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Mod Pro Pada Sistem Kamera?

Untuk pengetahuan anda, mod Pro pada Samsung Galaxy A32 ini dilihat berfungsi seakan kamera DSLR yang mana anda boleh menetapkan sendiri tetapan yang anda inginkan sewaktu ingin merakam gambar.

Terdapat beberapa fungsi atau ikon yang akan anda lihat pada skrin jika memilih mod Pro. Antaranya adalah:

ISO

Ia merupakan fungsi yang ditampilkan untuk anda menyesuaikan lensa atau sensor gambar mengikut cahaya persekitaran. Ia biasanya merujuk kepada betapa sensitifnya sensor kamera terhadap cahaya yang mana ia akan mempengaruhi pendedahan cahaya pada gambar yang ditangkap.

ISO diukur dalam skala 100 hingga 6400. Sebagai contoh, jika anda menetapkan nilai ISO 200, ia akan menjadikan sensor kamera dua kali lebih sensitif terhadap cahaya berbanding ISO 100.

Aperture

Bercerita mengenai Aperture pula, ia adalah ukuran lubang pada lensa yang membenarkan cahaya masuk. Secara amnya, semakin besar nombor Aperture, semakin kecil ukuran lubang pada lensa. Sebaliknya, untuk nombor Aperture yang kecil pula akan menampilkan bukaan lubang pada lensa yang lebih besar.

Sebagai contoh, Aperture f/1.8 merupakan nilai yang lebih kecil berbanding f/2.4 yang mana apabila nilai lebih kecil, ia mempunyai bukaan lebar dan akan menghasilkan imej yang lebih baik pada cahaya rendah kerana ia membolehkan kamera mengambil lebih banyak cahaya selain turut menghasilkan goyangan kamera yang minimum dan gambar yang lebih tajam.

Imbangan Putih (White Balance)

Akhir sekali, untuk fungsi imbangan putih pada tetapan kamera Galaxy A32 pula, ia membolehkan anda menyesuaikan dengan pencahayaan mengikut cahaya sekeliling. Fungsi ini biasanya akan menampilkan pratetap seperti daylight, cloudy, fluorecent dan banyak lagi.

Apakah Gambar Yang Sesuai Menggunakan Mod Pro?

Bercerita mengenai mod Pro ini, ia sangat sesuai digunakan untuk anda yang ingin mendapatkan hasil gambar yang seakan profesional. Antara senario atau gambar yang sesuai menggunakan mod ini adalah apabila anda ingin menangkap gambar makanan yang lebih jitu, mengambil gambar panorama dan persekitaran dengan perincian yang lebih mendalam dan banyak lagi.

Six phones in Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue and Awesome Violet, seen from different angles to show the design.

Selain mod Pro juga, Samsung Galaxy A32 turut menawarkan mod penggambaran lain seperti mod Hyperlapse, mod malam, video gerak perlahan (Slow-mo) dan juga mod Panorama.

Komen