Rasai Pengalaman Seakan ‘Bersenam’ Bersama Emsculpt Neo Di Skin Fairy Therapeutics
Bagi mendapatkan rupa dan juga berat badan yang ideal, sudah tentu memerlukan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat selain melakukan senaman yang konsisten.
Hal ini kerana, disiplin amat penting dalam membentuk diri yang lebih baik dan sihat pada masa akan datang. Dalam pada itu juga, setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu dirancang dan disusun dengan betul supaya mencapai matlamat yang diimpikan.
Bercerita mengenai berat dan juga wajah yang sihat, terbaru BTL telah hadir dengan satu produk seakan bersenam atau workout baru yang dinamakan Emsculpt Neo. Ia merupakan sebuah alat atau mesin yang digunakan untuk membuang lemak sehingga 30% dan juga membina otot sehingga 25% menggunakan teknologi terbaru iaitu elektromagnetik dengan intensiti tinggi yang dikenali sebagai HIFEM bukan invasif.
Melaluinya juga, ia membantu anda dalam melakukan sekitar 20,000 pengecutan otot supramaximal dalam masa 30 minit yang mana jika dilaksanakan secara fizikal akan memerlukan 20,000 tekan tubi atau squats.
Selari dengan perkembangan teknologi ini, Skin Fairy Therapeutics yang kini dibuka di Bandar Sri Petaling telahpun hadir dengan penawaran terbaru daripada BTL ini. Anda boleh kunjungi ke klinik ini dan mendapatkan rawatan seperti pembuangan lemak, mengubati masalah rambut gugur dan pelbagai rawatan penjagaan lain.
Menurut Skin Fairy Therapeutics juga, untuk sesi Emsculpt Neo, rawatan ini mengambil masa 30 minit dengan jarak untuk setiap 5 hingga 10 hari sebanyak 6 kali sesi bergantung kepada konsultasi yang diberikan.
Bagi yang berminat untuk mencuba, lawati Skin Fairy Therapeutics bermula hari ini dan rasai pengalaman memanjakan diri yang bernilai.
___________________________________________________________
Skin Fairy Therapeutics
Alamat: 36N, 2, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.