Bagi anda yang menggemari pedas, sudah tentu cili api ataupun cili padi adalah salah satu item yang wajib ada di dalam inventori peti sejuk rumah anda. 

Untuk pengetahuan anda, cili padi sangat popular digunakan sebagai bahan penambah rasa di dalam masakan tradisional terutama di Asia Tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Boleh dikatakan hampir kebanyakan makanan akan menggunakan cili seperti sambal tumis, masak lemak, asam pedas dan bermacam-macam lagi.

Di Malaysia, cili padi sering ditanam di sekeliling rumah untuk kegunaan masakan harian. Namun, untuk beberapa negeri di Malaysia iaitu Johor, Perak dan Kelantan dilihat hadir dengan penanaman cili secara komersial disebabkan permintaan yang tinggi untuk cili setiap hari.

Bagi anda yang berminat untuk menanam cili, untuk satu pokok cili boleh dituai hasilnya sekitar seminggu bergantung kepada teknik penyemaian biji benih.

Asal Usul Cili

Bercerita mengenai cili lagi, ia adalah sayuran jenis buah di bawah Keluarga Solanaceae. Cili berasal dari Mexico dan Amerika Selatan yang menampilkan jenis cili seperti Poblano, Ancho dan Habanero.

Orang Eropah pertama yang menggunakan cili dalam kulinari adalah Christopher Columbus yang juga merupakan pengasas Amerika. Pada waktu itu, beliau berpendapat yang mana cili dan lada hitam mempunyai persamaan dalam rasa. Bermula dari situ, beliau mula menggunakan cili dengan cara menghancurkan cili yang dikeringkan dan menjadikan ia sebagai serbuk cili sekaligus menjadi pengganti lada hitam.

Namun, untuk biji cili yang boleh diterima pakai untuk Iklim Tropika Malaysia adalah cili bangi, cili kulai, cili solok dan cili poblano yang mana kebanyakan biji cili ini diperolehi dari Negara seperti Taiwan, Jepun dan Korea. Di Malaysia, antara negeri yang menjadi pengeluar utama untuk bahan ini adalah Johor, Perak dan Kelantan dalam skala komersial yang mana ia ditanam di tanah rendah. 

Jenis-jenis Cili Yang Boleh Didapati Di Malaysia

Berikut adalah beberapa jenis cili yang ditanam dan dikeluarkan oleh pengeluar tempatan yang perlu anda ketahui:

Cili Merah

Cili merah atau nama saintifiknya Capsicum annuum, adalah sejenis cili yang ditanam secara meluas di Malaysia. Ia biasanya ditawarkan dalam tiga warna iaitu hijau pada waktu muda, kemudia berubah menjadi sedikit jingga dan keperangan dan akhir sekali berwarna merah.

red chili peppers in close up photography

Untuk cili hijau muda, ia menampilkan rasa yang lebih pedas jika dibandingkan dengan cili jenis yang sama namun untuk warna lain. Jadinya, untuk masakan seperti bahan dalam sayuran atau hidangan yang memerlukan ulam, anda boleh menggunakan cili hijau ini untuk menambah rasa pedas. Sementara cili merah biasanya digunakan sebagai sambal asam, sos untuk keropok dan banyak lagi.

Cili Padi

Cili padi atau cili api dengan nama saintifiknya Capsicum Frustecen, merupakan cili yang berbentuk kecil dengan tahap pedas yang lebih tinggi berbanding cili merah. Cili padi juga ada beberapa jenis dan umumnya terdapat 4 jenis iaitu Cili Padi Centil, Cili Padi Bara, Cili Padi Hijau dan Cili Padi Siam.

selective focus photography of chili
Cili Padi Centil

Bercerita mengenai cili padi centil, ia biasanya didapati di negeri seperti Johor dan Melaka. Ia berbentuk kecil dan sedikit gemuk yang mana mempunyai rasa yang pedas dengan biji capsaicin yang banyak. Jenis ini boleh dikatakan kelihatan seakan sama dengan cili padi bara. Membezakannya adalah cili padi bara menawarkan warna yang lebih terang, lebih berkilat dan saiz yang sedikit lebih panjang berbanding centil.

red and green jalapeno chillis
Cil Padi Bara

Jika anda perasan juga, cili padi siam adalah yang paling kerap ditemui di kebanyakan pasaraya di negeri di seluruh Malaysia. Lebih-lebih lagi negeri di utara dan juga timur yang mana cili ini tidak begitu pedas dan ia mampu bertahan lebih lama apabila disimpan di dalam peti sejuk.

chili pepper packs
Cili Padi Siam

Cili Kering

Untuk cili kering pula, ia biasanya digunakan untuk mendapatkan cili kisar yang biasanya digunakan di dalam kebanyakan lauk lain. Cili kering biasanya didapati menerusi cili merah.

Tips yang mungkin boleh dikongsikan untuk penggunaan cili kering ini adalah, bagi cili yang berkilat dan sedikit kerinting biasanya rasanya adalah lebih pedas berbanding cili kering yang besar dan kusam. Cili kering pedas ini berasal daripada Siam yang mana ia dikenali sebagai cili kering Teja. 

Selain itu, cili kering yang kerinting pula dikenali sebagai 668 ini menawarkan rasa yang lebih baik dan tidak terlalu pedas yang mana sesuai digunakan untuk masakan biasa.

Cili Benggala

Cili Benggala atau lebih dikenali sebagai Bell Pepper juga tergolong dalam kumpulan cili. Apa yang menarik tentang cili benggala ini adalah bentuknya yang besar seakan akan buah serta mempunyai pelbagai warna menarik seperti hijau, merah dan kuning. Biasanya digunakan dalam masakan bersama sayur-sayuran dan menambah seri warna dalam masakan.

Sama seperti cili yang lain, cili benggala juga mempunyai jenis yang berbeza. Ia ditentukan berdasarkan lekuk pada bahagian bawah lada iaitu jika ada 3 lekuk ia adalah jenis lelaki yang mana sesuai digunakan di dalam hidangan yang perlu dimasak seperti panggang, bakar dan lain-lain.

Sementara 4 lekuk pula, ia adalah jantina perempuan yang mana ia lebih banyak biji selain manis dan sesuai untuk dimakan mentah. Untuk warna pula, jika berwarna hijau, ia akan berasa sedikit pahit dan kurang manis jika dibandingkan dengan warna yang lain seperti kuning atau merah.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa fakta menarik untuk jenis cili yang terdapat di Malaysia. Menarik bukan? Penggunaan cili ini sebenarnya bergantung kepada citarasa dan juga hidangan yang ingin disediakan. Anda boleh memilih dan mencuba kesemua jenis cili ini bagi mengetahui yang manakah yang paling sesuai dengan kegunaan harian selain menampilkan hidangan yang tampak lebih menyelerakan. Selamat mencuba!

Sumber: KPDNHEP, Lembaga Pertubuhan Peladang, MyAgri