Carian
Hias Kedai Shopee Untuk Tampak Lebih Menarik – Menerusi Shop Decoration
March 24, 2021 Lina Rosli

Hias Kedai Shopee Untuk Tampak Lebih Menarik – Menerusi Shop Decoration

Penawaran Shopee Shop Decoration ini telahpun diperkenalkan sejak Mei 2020 lagi. Namun, ia tidak digunakan pakai secara meluas untuk sesetengah kedai di Shopee.

Tujuan asal Shop Decoration atau Dekorasi Kedai ini ditawarkan adalah untuk menambah baik operasi dan jualan produk anda pada laman berkenaan. Melaluinya anda boleh menampilkan banting untuk produk utama selain meletakkan juga video promosi dan produk-produk yang boleh didapatkan menerusi kedai anda dengan lebih mudah.

Apa Yang Boleh Dihias Pada Kedai Shopee Anda?

Terdapat beberapa ciri yang boleh ditambah pada halaman utama kedai anda seperti:

  • Banting
  • Video
  • Kategori
  • Promosi
  • Produk Terlaris

Untuk mengetahui lebih lanjut, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda panduan untuk menghias kedai anda dengan lebih baik untuk menarik lebih ramai pengunjung dan juga meningkatkan kadar belian untuk produk anda.

Banting (Banner)

Banting adalah ciri yang membenarkan anda untuk memilih dua gambar yang ingin dipamerkan di laman utama Shopee anda. Ia sama ada, anda menggunakan gambar promosi atau dua produk terlaris yang boleh didapati pada kedai anda.

Sebaik sahaja anda menambahkan gambar, ada juga boleh menambahkan hyperlink untuk memudahkan pengunjung atau pelanggan pergi terus ke produk atau kategori tersebut.

Video

Bagi anda yang mungkin ingin menunjukkan video promosi atau tutorial untuk produk yang anda jual, makanya ciri Video ini amat sesuai untuk digunakan.

Walau bagaimanapun, untuk setiap video yang ingin dipaparkan, anda hanya boleh meletakkan pautan URL Youtube sahaja dan tidak boleh dimuat-naik terus pada Shop Decoration.

Kategori

Untuk kategori pula, anda boleh menambah dan meletakkan beberapa kategori yang anda inginkan. Ia boleh menekankan sehingga 10 kategori bersesuaian dengan kedai anda.

Sebelum menyimpan kemaskini ini, jangan lupa memasukkan nama kategori. Terdapat juga pilihan untuk menambahkan hyperlink ke halaman kategori anda. Walau bagaimanapun, hanya kategori Dalam Kedai yang aktif sahaja boleh dipamerkan pada Dekorasi Kedai.

Promosi

Untuk Promosi pula, ia boleh diambil menerusi promosi yang telah dilakukan atau yang masih lagi aktif. Jadinya, anda perlu menetapkan dahulu promosi sebelum boleh mula meletakkannya pada halaman utama kedai anda.

Produk Terlaris (Product Highlight)

Dengan adanya fungsi Produk Terlaris, anda boleh menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan produk yang anda tawarkan. Anda boleh menambahkan Produk Terlaris untuk lima set kategori. Di setiap set, anda hanya boleh memasukkan maksimum empat produk sahaja.

____________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa ciri yang boleh ditambah menerusi Shop Deco yang boleh anda akses dengan cara:

  1. Pergi ke halaman penjual atau Seller Centre.
  2. Kemudian, tatal di bahagian panel tepi anda sehingga kelihatan kategori Kedai.
  3. Klik Dekorasi Kedai atau Shop Decoration.
  4. Anda boleh memilih sama ada ingin menghias kedai untuk PC ataupun peranti mudah-alih.
  5. Akhir sekali, klik Sunting Hiasan (Edit Decoration) dan mula menghias.
Komen