Family Mart Hadir Dengan Menu Edisi Khas – Odeng Cheesy Korean Ramen

Untuk penggemar makanan Korea lebih-lebih lagi ramen, nampaknya anda boleh mula mendapatkan menu edisi khas dari Family Mart iaitu Cheesy Korean Ramen Special Edition.

Antara menu yang ditawarkan adalah Odeng Cheesy Korean Ramen Set, Dry Cheese Korean Ramen dengan Sosej Koktel Set dan juga Sparkling Honey Citron pada harga bermula RM6.90.

May be an image of french fries and text

Sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan hidangan yang pantas dan mudah untuk disediakan, makanya barisan menu ini adalah antara yang paling sesuai sama ada untuk makan tengahari, makan petang dan juga malam.

Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke Family Mart berdekatan anda bermula hari ini!

  • Korean Cheese Ramen Set – harga bermula RM9.90
  • Dried Korean Cheese Ramen harga bermula RM6.90
  • Dried Korean Cheese Ramen Set harga bermula RM8.50
  • Korean Honey Citron Marmalade berharga RM6.90