Carian
Dapur Gas Biasa Vs Dapur Induksi – Mana Sesuai Untuk Anda?
March 25, 2021 Lina Rosli

Dapur Gas Biasa Vs Dapur Induksi – Mana Sesuai Untuk Anda?

Sebelum berpindah ke rumah baru, terdapat beberapa persediaan yang perlu anda lakukan bagi menjamin keselesaan anda sewaktu berada dirumah.

Sama seperti yang lain, dapur adalah lokasi yang penting untuk anda tumpukan perhatian dalam memasang kelengkapan seperti sinki, sistem pengudaraan dan juga dapur memasak.

Bercerita mengenai dapur memasak juga, di pasaran anda akan melihat pelbagai jenis dapur atau stove yang boleh dipasang di rumah anda.

Apa yang menjadi persoalan adalah, dapur manakah yang sesuai untuk aktiviti memasak di rumah? Manakah jenis yang patut anda beli?

black leather chair on black wooden table

Bagi merungkai kekeliruan ini, Tajria hari ini ingin berkongsi beberapa tips sebelum membeli dapur dan juga menampilkan kelebihan dan kekurangan untuk setiap jenis dapur memasak.

Dapur Gas Vs Dapur Elektrik

Kedua-dua dapur gas dan dapur induksi adalah jenis yang paling digunakan ramai. Jika anda perasan, untuk kebanyakan rumah moden, mereka lebih menggemari dapur induksi berbanding dapur biasa. Hal ini kerana, mereka mengatakan bahawa menggunakan dapur induksi adalah lebih mudah untuk dicuci dan lebih bersih apabila selesai memasak.

Namun, adakah ia benar?

Untuk dapur gas biasa, proses penyalaan api dan memasak adalah menggunakan gas dan udara untuk menghasilkan percikan api. Ia akan mengeluarkan api berwarna biru yang mana akan dihidupkan menggunakan pembakar (burner)

black and white gas stove

Sementara untuk dapur induksi pula, ia berbeza dengan dapur elektrik biasa yang mana mereka tidak menggunakan gegelung yang akan memanas sehingga menghasilkan warna oren pada tembaga gegelung. Masih lagi menawarkan haba yang panas, namun dengan cara yang lebih moden iaitu pemanasan berlaku menggunakan sinaran elektromagnetik. Arus elektrik akan bergantian semasa melalui gegelung tembaga dan mula memanaskan kuali. 

Manakah Yang Sesuai Untuk Rumah Anda?

Terdapat tiga aspek yang ingin ditekankan sewaktu pemilihan dua jenis dapur ini iaitu:

  • Pengeluaran haba dan tahap memanas
  • Kegunaan dan jenis hidangan yang akan disediakan
  • Kos penggunaan

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda bandingkan kerana pemilihan ini sebenarnya berkait rapat dengan tabiat pemakaian sewaktu memasak.

Pengeluaran Haba Dan Tahap Memanas

Perbezaan utama antara dapur induksi dan dapur gas biasa adalah kecekapan memasak. Secara amnya, memasak menggunakan dapur indusksi membolehkan makanan menerima sekitar 90% haba, manakala menggunakan dapur gas pula hanya memberikan sekitar 40 hingga 55% haba.

Dengan ini,  ia menunjukkan yang mana memasak menggunakan api adalah lebih perlahan jika dibandingkan menggunakan elektromagnetik. Oleh itu, ia sesuai untuk anda yang mungkin ingin memasak banyak dan ingin siap dihidangkan waktu sekejap, makanya dapur induksi adalah lebih baik untuk digunakan.

Namun, untuk pendapat Tajria sendiri, menggunakan dapur gas sewaktu memasak adalah lebih efisien kerana ia boleh mengawal pemanasan api tanpa menghanguskan makanan. Malah, penyebaran api juga lebih sekata.

Kegunaan Dan Jenis Hidangan Yang Akan Disediakan

Untuk sesetengah tukang masak, mereka lebih menggemari masakan di atas api kerana ia kelihatan menarik selain lebih menyelerakan.

Malah, untuk jenis makanan yang memerlukan smokey, memasak menggunakan api adalah lebih bersesuaian. Di atas api juga, anda juga boleh membakar roti dan juga memanggang dengan lebih baik.

Kos Penggunaan

Bercerita mengenai kos pula, sudah tentu setiap produk yang baik akan hadir dengan kos yang tinggi. Untuk penggunaan dapur induksi, anda semestinya perlu membeli dan mendapatkan mangkuk, periuk dan juga kuali jenis indukso bagi memudahkan penyebaran elektromagnetik dengan lebih berkesan.

white electric coil range oven

Berdasarkan pengalaman sendiri juga, penggunaan dapur induksi ini boleh dikatakan agak leceh kerana ia tidak sesuai untuk memasak makanan pada kuantiti yang kecil kerana ada satu kes yang mana dapur induksi tersebut tidak dapat mengesan kuali kecil yang diletakkan di atasnya.

Tidak seperti dapur gas biasa, ia tidak memerlukan penggunaan periuk yang khusus selain kawalan penggunaan adalah lebih terbuka.

________________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa kelebihan dan kekurangan untuk jenis dapur masakan yang boleh anda dapatkan di pasaran. Sebelum membeli, pastikan anda mengetahui corak memasak anda supaya ia tidak berlaku kesukaran sewaktu memasak.

Komen