Nestle baru-baru ini hadir dengan inisiatif bagi menyelematkan alam sekitar menerusi program Milo Sayang Bumi. Terdapat 6 inisiatif yang diperkenalkan Milo untuk program Milo Sayang Bumi:
- Milo CAREton Project, yang mana akan mengubah pek minuman menjadi jubin atap dan papan panel ‘hijau’ bagi mereka yang memerlukan.
- Kempen Milo Stik Pek X-Change adalah sebahagian daripada usaha kelestarian alam sekitar dengan menaik-taraf pek kepada barangan baru.
- 100% straw kertas di semua pek minuman Nestle.
- Milo Mixed Paper Pouch
- Van Milo baru yang akan diperkenalkan dengan penambahbaikan dan penambahan panel solar pada atap van. Setakat ini, terdapat dua van Milo yang telahpun digunakan di sekitar Lembah Klang.
- Penggunaan 100% cawan kertas.
Di dalam program ini, Nestle berkongsi yang mana jenama ini menyasarkan untuk menggunakan plastik pembungkusan yang 100 peratus digunakan semula menjelang 2025.
Ia menyatakan juga yang mana untuk straw dan sudu plastik akan ditukar kepada bahan binaan dari kertas yang lebih mudah untuk dileraikan selepas ini.
Bukan itu sahaja, Nestle juga menggalakkan penggunaan semula plastik pembungkusan untuk produk Nestle yang dibeli seperti menggunakan pek Milo menjadi beg membeli belah ataupun cawan aiskrim sebagai pasu bunga kecil.
Untuk program Milo Sayang Bumi ini juga hadir dengan matlamat dalam memastikan kadar pelepasan karbon dan kesan kepada alam sekitar mencapai sifar menjelang 2050. Bergerak ke arah matlamat ini juga, sebanyak 50 peratus akan dikurangkan menjelang 2030.