Koleksi Terbaru Dari Puma Dan Maison Kitsuné – Menampilkan Gaya Klasik
Baru-baru ini, PUMA dengan kerjasama Maison Kitsuné dalam menampilkan rekaan dan gaya yang menggabungkan estetika Paris-Toyko untuk koleksi terbaru mereka.
PUMA X Maison Kitsuné menawarkan gabungan warna vintage yang turut dipadankan dengan elemen moden iaitu hijau, putih, kuning, cokloat dah hitam. Untuk logo pula, ia membawakan logo Fox Maison Kitsuné pada semua rekaan. Logo ini membawa maksud Maison iaitu rumah dan Kitsuné dalam bahasa Jepun pula bermaksud rubah iaitu serba boleh.
Dalam koleksi ini, ia memperkenalkan kasut, jaket hoodies, beg sandang dan juga seluar kargo yang menampilkan jorak sulaman dan reka bentuk minimalis. Untuk rekaan ini, ia menyasarkan untuk tidak kelihatan seperti pakaian gim dan ingin elemen unisex ditampilkan dan selesa untuk dipakai di kebanyakan acara.
Bercerita mengenai koleksi kasut ini, PUMA x Maison Kitsuné menawarkan elemen penting dalam warisan Jepun. The Ralph Sampson Mid hadir dengan bahagian atas jenis nilon bersama lapisan getah yang dibentuk dalam warna coklat, dengan gaya potongan tengah. Koleksi ini juga merangkumi Ralph Sampson Lo dalam dua warna tambahan.
Bagi yang berminat, PUMA X Maison Kitsuné boleh didapati di laman atas-talian PUMA.com, rangkaian kedai PUMA dan kedai sukan terpilih pada 27 Mac 2021. Bukan itu sahaja, ia juga boleh didapati di laman rasmi Maison Kitsune dan kedai fizikal Maison Kitsuné di seluruh dunia.