TikTok Hadir Dengan Inisiatif Informatif – #EnglishCheck, #HealthCheck
TikTok merupakan aplikasi video pendek yang membawakan pengisian dan informasi dalam bentuk mudah dan kreatif. Terbaru, TikTok hadir dengan lima inisiatif informatif kepada umum.

Antara inisiatif yang ditawarkan adalah:
- Menampilkan dan mempamerkan kemahiran memasak menerusi tagar #TikTokChef untuk mengajak lebih ramai individu mencuba resipi baru di rumah
- Memberi tunjuk ajar untuk individu atau penonton belajar pertuturan dan pemahaman mengenai tatabahasa Bahasa Inggeris menerusi perkongsian video daripada penutur natif. Untuk mencubanya, lawati tagar #EnglishCheck
- #HealthCheck bertujuan untuk mengajak semua orang untuk menyebarkan kesedaran tentang amalan gaya hidup yang sihat yang merangkumi tips moden dan juga petua tradisional.
- Menjelang hari Raya yang bakal tiba, anda boleh mempersiapkan diri dengan keperluan Hari Raya. Anda boleh melawati tagar #PersiapanRaya untuk melihat tips dan kaedah yang bersesuaian untuk Raya 2021.
- Menerusi #EarthHour2021, anda boleh menerokai lebih lanjut mengenai cara memelihara alam sekitar dan amalan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Bagi yang berminat, anda boleh mula mencuba berkongsi tips dan informasti menarik menerusi perkongsian video pendek dan sebarkan kepada orang ramai. Untuk informasi lanjut, kunjungi laman web TikTok dan muat-turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play Store.