Carian
Jualan Kereta Honda Mencapai 1 Juta Buah – 7 Model Untuk Koleksi 1 Million Dreams
March 27, 2021 Lina Rosli

Jualan Kereta Honda Mencapai 1 Juta Buah – 7 Model Untuk Koleksi 1 Million Dreams

Beroperasi sejak tahun 2001 lagi di Malaysia, nampaknya Honda bukanlah sebuah jenama yang asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia sebelum ini hadir dengan variasi penawaran kenderaan yang merangkumi kenderaan untuk keluarga, kenderaan untuk perjalanan jauh dan banyak lagi.

Baru-baru ini Honda hadir dengan sebuah kempen iaitu Honda 1 Million Dreams yang dilaksanakan bagi menunjukkan rasa terima kasih dan terharu di atas sokongan yang ditampilkan oleh peminat setia jenama tersebut. 

Antara model yang sangat popular yang turut menyumbang kepada jualan tertinggi di Malaysia adalah City, Civic dan CR-V dengan kadar peratusan sumbangan 37%, 15% dan 11% untuk jualan sehingga tahun 2021.

Kempen ini telahpun berlangsung sejak Februari yang lepas yang mana pelbagai aktiviti dilaksanakan di kesemua rangkaian pengedar Honda tempatan bersama-sama dengan rakan jenama lain termasuk Cuckoo, Shopee dan juga Watsons.

Menerusi kempen ini juga, sebanyak tujuh model edisi khas iaitu Honda Civic, City, Jazz, Accord, CR-V, HR-V dan BR-V ditawarkan secara percuma kepada pemenang yang bertuah.

Apa yang menarik pada kereta edisi khas ini adalah, ia membawakan perincian warna merah yang unik pada rekaan luar dan dalaman kereta. Bukan itu sahaja, ia turut memperkenalkan warna luaran dua tona iaitu warna hitam pada bahagian bumbung dan juga putih untuk bahagian sisi, hadapan dan belakang kereta.

Bercerita mengenai rekaan dalaman pula, ia menyaksikan stereng yang dilengkapi dengan jahitan berwarna merah selain turut membawakan pelekat besi dengan logo “1 Million Dreams Limited Edition” di bahagian dashoboard dan juga di bahagian bawah cermin sisi luar.

Dalam acara yang berlangsung pada 27 dan 28 Mac di Stadium Bukit Jalil, ia turut menyaksikan berkongsi acara Grand Finale yang membawakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti funfair serta mengumumkan pemenang untuk kereta edisi khas 1 Million Dreams kepada empat pemenang bertuah.

Bagi anda yang berminat untuk berkunjung, anda boleh hadir ke Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk menikmati acara menarik di samping melihat ruang pameran Honda bermula hari ini sehingga 28 Mac 2021.

Komen