Kumpulan K-Pop BTS Kini Menjadi Duta Jenama Coway
Sebelum ini, Gong Yoo telah dipanggil menjadi duta untuk jenama yang sangat sinonim dengan penawaran pembersih air dan udara Coway.
Terbaru, selepas hadir dengan beberapa pengenalan produk dan inisiatif untuk rakyat Malaysia, Coway nampaknya masih lagi aktif dalam memastikan penawaran bekalan air dan udara bersih dapat diberikan kepada semua. Ia termasuk memilih kumpulan K-pop yang menjadi fenomena antarabangsa, BTS sebagai duta global jenama tersebut.

Pemilihan ini dilihat merangkumi beberapa faktor termasuk menjadikan Coway sebagai jenama yang ceria dan berjiwa muda selain memastikan semua individu dapat memiliki keperluan produk kesejahteraan ini di kediaman masing-masing.
Pada bulan-bulan akan datang, BTS dijangka akan mula mempromosikan produk selain berada di dalam kempen media Coway dan juga di platform media sosial termasuk iklan di TV dan media lain, untuk mengetengahkan rangkaian lengkap produk Coway dan juga imej jenamanya.