Carian
Bolehkah Guna Solekan Dengan SPF Tanpa Memakai Pelindung Matahari?
March 31, 2021 Lina Rosli

Bolehkah Guna Solekan Dengan SPF Tanpa Memakai Pelindung Matahari?

Bagi kebanyakan individu, pemakaian pelindung matahari atau sunscreen adalah satu kewajipan sebelum keluar dari rumah. Hal ini kerana, produk ini mempunyai fungsi yang baik dalam melindungi kulit dari UVB dan UVA.

Selain itu juga, pelindung matahari berfungsi dalam memastikan pencegahan kanser kulit termasuk pencegahan melanoma, serta mengurangkan risiko kerosakan kolagen dan tisu penghubung kulit yang boleh menyebabkan hilang keanjalan dan peningkatan kedutan.

two soft-tubes

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah berapa kerap perlu anda tambah semula pelindung matahari dalam seharian?

Perlukah ‘Re-apply’ Pelindung Matahari?

Pelindung matahari biasanya dipakai selepas memakai pelembab. Bagi anda yang memakai solekan, anda digalakkan untuk memakai pelindung matahari selepas primer.

Untuk pengetahuan anda juga, pelindung matahari hadir dengan bahan kimia atau mineral yang menjadi shield untuk kulit. Namun, selepas satu tempoh yang lama, matahari akan bertindak dan mula memecahkan semua pelindung matahari pada kulit.

Sebagai contoh, pada hari biasa ataupun ketika anda berada di dalam bangunan, pelindung matahari yang anda gunakan pada waktu pagi masih lagi ada pada kulit dan memberikan perlindungan yang cukup sehingga ke penghujung hari.

Tetapi jika sebaliknya iaitu sekiranya anda berada di luar, krim yang anda sapu akan mula memecah. Ia umpama serangan UV yang bertalu-talu ke muka yang boleh mengakibatkan pelindung tersebut rosak.

Dalam kes ini, kami mengesyorkan agar anda menggunakan semula pelindung matahari setiap dua jam, terutamanya jika anda kerap berpeluh dan melakukan aktiviti yang melibatkan air.

Person Pouring Plastic Tube Bottle

Bolehkah Menggunakan Solekan Dengan SPF Tanpa Memakai Produk Pelindung Matahari?

Jawapannya tidak boleh. Pada dasarnya, produk solekan dengan SPF tidak mempunyai jumlah perlindungan yang sepenuhnya dan secukupnya.

Mengulas lanjut, kebanyakan produk penjagaan kulit direka untuk diserap ke lapisan paling atas kulit. Jadinya, untuk satu tempoh yang panjang, sudah tentu SPF yang anda pakai akan hilang, namun solekan lain akan tetap berada di permukaan kulit.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu memastikan produk solekan anda menawarkan perlindungan cahaya dengan spektrum yang luas. Harus diingatkan juga, pelindung matahari tidak bersifat tambahan, yang bermaksud bahawa jika anda meletakkan asas SPF 15 di atas pelindung matahari SPF 30, anda tidak akan mendapat liputan yang berganda ataupun kuantitinya menjadi SPF45.

Komen