Perapi Rambut Vs Topeng Rambut – Apakah Perbezaannya?
Kebanyakan orang mempunyai kira-kira 100,000 rambut di kepala yang mana ia menjadi satu keperluan dalam memastikan kesihatan rambut anda sentiasa terpelihara.
Antara produk yang mampu mengembalikan keperluan utama rambut anda adalah conditioner dan juga masks. Namun, bagaimana untuk mengetahui yang manakah sesuai untuk anda?
Oleh itu, Tajria hari ini ingin membantu anda merungkai kekeliruan di antara kedua produk ini.
Apa Itu Hair Masks?
Hair Masks ataupun dikenali juga sebagai topeng rambut adalah produk campuran butter dan juga minyak yang membantu menghidratkan rambut. Ia hadir dengan bahan pelembap, pelembut dan penguat untuk rambut yang sesuai untuk anda yang menginginkan rambut yang sihat.
Bukan itu sahaja, topeng rambut ini juga disarankan dipakai oleh individu yang mempunyai rambut kering dan rosak. Kebiasaannya, anda boleh memakai topeng rambut secara berkala iaitu sekitar seminggu sekali, bagi membawa kelembapan dan khasiat yang diperlukan pada rambut anda.
Apa Itu Perapi Rambut?
Bercerita mengenai perapi rambut pula, ia berfungsi menjadikan helai rambut lembut dan teratur selain menghidratkan helai rambut dan memastikan kulit kepala lebih nyaman dan segar.
Disebabkan ia boleh digunakan dengan kerap, perapi rambut bertindak dalam mengembalikan minyak yang hilang daripada helaian rambut anda sekaligus mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia dan produk rambut yang lain seperti hair dryer, hair curler dan lain-lain.
Perbezaan Perapi Dan Topeng Rambut
Topeng rambut biasanya digunakan selepas mencuci rambut ataupun ketika rambut basah. Ini membolehkan agen pelembap menembusi lebih dalam & memperbaiki kerosakan.
Manakala perapi pula boleh digunakan sewaktu selepas cucian rambut dilakukan iaitu semasa penggunaan biasa. Untuk memastikan hasil perapi yang baik, anda digalakkan untuk membiarkan perapi tersebut. dia atas kulit kepala dan rambut sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minit.