McDonald’s Tidak Boleh Diakses Di GrabFood Dari 1 April Hingga 5 April 2021
Baru-baru ini, McDonald’s telah hadir dengan menu baharu untuk siri Ais Kisar Milo iaitu Ice Blended Milo Latte dan juga Ice Blended Milo. Bukan itu sahaja, jenama ini turut hadir dengan penawaran terbaru untuk nasi lemak yang menampilkan hirisan ayam Spicy Chicken McDeluxe dan juga GCB.
Dengan penawaran yang banyak dan menarik ini, sudah tentu anda berkobar-kobar untuk mencuba hidangan terbaru dari McDonalds. Namun, berdasarkan perkongsian di laman rasmi Facebook mereka, anda akan mengalami gangguan dalam melakukan pesanan di GrabFood.
Menurut poster yang dikongsi, anda tidak boleh mengakses rangkaian restoran McDonald’s di GrabFood bermula 1 April sehingga 5 April 2021.
Walau bagaimanapun, bagi yang ingin membuat pesanan atas-talian untuk makanan dan minuman, anda boleh menggunakan laman McDelivery dan tetapkan alamat penghantaran untuk pesanan.
Menurut GrabFood, mereka melaporkan yang mana akan menyambung semula servis pesanan McDonalds di GrabFood pada 7 April 2021. Hal ini adalah disebabkan berlakunya beberapa perubahan perkhidmatan oleh McDonalds.