“Putar, Jilat, Celup”

Siapa yang tidak mengenali biskut Oreo? Biskut yang berwarna hitam dengan krim putih di dalamnya, sudah tentu ia membawakan satu pengalaman yang unik dalam industri makanan di dunia.

Untuk kebanyakan biskut pada sekitar 1860-an, ia menampilkan penawaran krim di tengah yang mana dikatakan lebih mudah untuk dicerna. Selain itu, rekaannya juga berbeza dan tidak cukup menarik yang mana ia berbentuk bulat dan rekaannya sekadar ada lubang kecil di permukaannya. Maka, tidak hairanlah mengapa Oreo pada zaman itu dapat diperluaskan dengan baik selain menjadi pilihan semua lapisan masyarakat.


Asal Usul Oreo – Diperkenalkan Sebagai Biskut Sandwic

Perjalanan Oreo bermula sejak tahun 1912 yang mana penciptanya iaitu Nabisco hadir dengan syarikat gabungan dalam membentuk National Biscuit Company.

Sebelum hadir dengan biskut Orea, Nabisco telahpun memperkenalkan barisan biskut yang menarik seperti Barnum’s Animal Crackers yang mana ia ditampilkan dalam bekas atau kotak kecil. Ia memperlihatkan biskut dengan corak haiwan seperti gajah, unta, kangaru, beruang dan banyak lagi. 


Namun, mungkin disebabkan perang pengeluaran biskut di antara Sunshine Biscuits dan Nabisco pada sekitar tahun 1900-an, ia menjadikan Nabisco hadir dengan satu lagi produk bagi menjamin kedudukannya di dalam industri, iaitu Oreo.

Bagaimana Terhasilnya Idea Oreo?

Menurut beberapa petikan artikel di Thought CoSpoon University, Oreo dicipta berdasarkan idea Nabisco yang mana pada waktu itu beliau mempunyai dua kepingan biskut coklat dengan pengisian krim di dalamnya.  

Apa yang menarik mengenai Oreo adalah ia diperkenalkan sebagai Oreo Sandwic pada tahun 1921 dan menjadikannya sesuatu yang unik pada ketika itu. Keunikan ini ditambah lagi dengan pengenalan kaedah memakan biskut yang tersendiri. Nabisco menyarankan untuk pelanggan memakannya ketika lembab iaitu dengan mencelupkannya ke dalam susu untuk rasa yang lebih menarik.


Amalan dan produk ini serta merta menjadi bualan kebanyakan pihak. Ia dikatakan hadir dengan cara makan yang kreatif, yang mana kebiasaannya syarikat biskut akan menggalakkan anda untuk memakan bahagian yang terbaik terlebih dahulu atau menyimpannya untuk yang terakhir. Tetapi apa yang diperkenalkan pada Oreo adalah memakan kesemua bahagian bersama sehingga mampu menjadikan waktu makan itu mengasyikkan.

Mengapa Namanya Adalah Oreo?

Sehingga ke hari ini, ramai yang mengatakan asal usul nama Oreo berdasarkan produk itu sendiri iaitu O-RE-O. “O” menunjukkan kepingan biskut yang berbentuk bulat. “RE” pula adalah singkatan untuk perkataan ‘cream‘.

Namun, ada juga yang mengatakan nama Oreo berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud emas yang mana ia digunakan pada kotak pembungkusan biskut. Dengan penawaran kotak tersebut, ia mampu menarik minat para ibu untuk menikmati Oreo.


Untuk proses penamaan Oreo, ia mengambil masa yang agak lama iaitu sehingga tahun 1937 bersamaan dengan 25 tahun. Hasilnya, Oreo kini dikenali sebagai Oreo Creme.

Bercakap mengenai proses ini juga, apa yang menarik adalah ia tidak mempengaruhi penjualan Oreo. Ia mungkin disebabkan oleh nama Oreo masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini.

Bagaimana Oreo Masih Lagi Relevan?

Seperti KitKat juga, Oreo hadir dengan penawaran rasa dan resipi yang pelbagai mengikut trend.

Sejak penubuhan mereka, Oreo telah memperkenalkan beberapa perisa edisi terhad, termasuk Candy Corn, Gingerbread, Banana Split Creme, Lemon Twist, Watermelon, Creamsicle, Candy Cane dan banyak lagi. Malah, ia turut meluaskan penawaran produk pada tahun 2012 dengan memperkenalkan kek Oreo bersempena sambutan 100 tahun mereka.

Apa yang menarik mengenai perancangan Nabisco adalah, walaupun ia memperkenalkan perisa dan rasa biskut yang berlainan setiap tahun, namun Oreo Klasik masih lagi pilihan untuk kebanyakan individu.